Isnin, 28 Januari 2019

Pemakanan

4 PEMAKANAN YANG BOLEH MENGGANGGU PERKEMBANGAN ANAK.


Pemakanan sangat penting untuk merangsang pembentukan diri anak agar mempunyai tubuh cergas dan otak yang cerdas. Ingat ya! Makanan sihat, berkhasiat dan seimbang memainkan peranan penting untuk memastikan perkembangan fizikal dan otak kanak-kanak.
Namun dengan kesibukan urusan kerjaya dan kekangan masa membuat papa dan mama terlupa untuk lebih prihatin tentang aspek pemakanan harian si kecil. Mari ketahui jenis-jenis makanan yang boleh menggugat usaha anda membentuk anak yang sihat dan pintar.
1. Makanan terlalu banyak gula

Pengambilan gula secara berlebihan boleh memberi kesiahatan kepada tahap kesihatan individu. Tidak kira sama ada kanak-kanak mahupun golongan dewasa.
Antara kesan paling ketara pengambilan makanan sebegini ialah peningkatkan berat badan berlebihan sehingga menyebabkan anak obes. Selain itu, gigi susu anak anda pun mudah untuk rosak dan tercabut sebelum waktunya.
Paling menakutkan ialah ia boleh merosakkan otak. Dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik di negara Barat, hasil kajian mendapati apabila kanak-kanak mengambil makanan yang mempunyai kandungan fruktosa yang tinggi untuk jangka masa panjang, ia boleh memberi kesan kepada kemampuan otaknya belajar dan mengingati sesuatu maklumat.
2. Makanan segera

Sememangnya telah diketahui ramai bahawa makanan segera tergolong dalam makanan yang tidak berkhasiat. Hal ini kerana kebanyakannya tidak mempunyai nilai khasiat pemakanan yang diperlukan oleh tubuh.
Lazimnya makanan segera kaya dengan kandungan bahan pengawet, perisa tiruan, kolestrol, gula dan garam berlebihan. Tentu sahaja ia boleh memudaratkan tubuh si kecil yang kerap mengambilnya.
Ingatlah bahawa kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi untuk menyokong pertumbuhan dirinya. Jika dia tidak mendapat zat secukupnya, kesan negatif boleh dilihat pada perkembangan tubuh dan otaknya juga.
3. Makanan diproses

Makanan diproses pun sama halnya. Makanan seumpama ini mempunyai banyak pengawet kerana ia bahan penting dalam memastikan makanan yang dimuatkan di dalam tin, botol, kotak dan seumpamanya boleh bertahan untuk jangka masa yang lama.
Apabila terlalu kerap dimakan, bahan tambahan di dalam makanan diproses itu akan berkumpul di dalam badan anak anda sehingga boleh meningkatkan risiko kemerosotan fungsi otak.
4. Daging diproses

Sememangnya daging adalah salah satu sumber protein yang penting dan sangat diperlukan oleh badan. Namun, ia perlu datang daripada sumber yang segar dan bukannya daging siap diproses.
Sosej, nuget, daging burger dan lain-lain diproses dengan ditambah dengan bahan-bahan pengawet. Kanak-kanak yang gemar memakannya akan mengumpulkan toksin di dalam badan. Kesan daripada itu, fungsi otak terganggu dan akhirnya mengganggu proses pembelajarannya.
Sumber : karangkraf.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan