5 JENIS STRESS YANG TERUKKAN EKZEMA.
Bila sebut stress ekzema, majoriti akan terfikir stress emosi menyebabkan ekzema lagi teruk. Bila tak kenal stres, maka kita tak tahu apa perlu kawal dan kaedahnya macam mana.
Stres ini sebenarnya TEKANAN yang LUAR KEBIASAAN. Bila badan kita tak dapat handle (adaptasi), badan akan jadi TERGANGGU. FITRAH badan jadi lari daripada sepatutnya.
Gangguan fitrah badan ini lah yang lama kelamaan menyebabkan penyakit. Apabila badan kita semakin lemah dek kacau sokmo fitrah.
Berikut merupakan senarai stres yang perlu kita tahu untuk mengawal dan memulihkan penyakit ekzema ini:
1) STRESS MINDSET
Mindset negatif sokmo akan menyebabkan emosi, fizikal dan gangguan tidur dan aktiviti harian kita termasuk waktu kerja atau belajar.
Mindset ini meningkatkan HORMON STRESS (kortisol). Badan berada dalam keadaan mode stres seperti kerisauan, menggigil, sesak nafas, cepat penat dan sakit perut dan sakit-sakit badan.
Ia juga ganggu selera makan (lebih@kurang), sebabkan pelupa, hilang fokus dan gangguan nafsu seksual.
2) STRESS EMOSI
Emosi stres ini mudah terganggu, tak stabil dan SENSITIF.
- Cepat melenting marah..bengkek sokmo.
- Sering salahkan orang lain atau diri sendiri.
- Mudah fikir bukan-bukan negatif.
- Risau sokmo. Fobia.
- Obsesif dan was-was.
3) STRESS PEMAKANAN.
Makan itu sendiri aktiviti yang stres. Jika tak percaya boleh bertanya rakan yang ada GERD. Selain aktiviti makan, jenis makanan itu sendiri boleh menyebabkan badan terutamanya perut jadi terbeban (stres).
Makanan tidak fitrah. TIDAK TOYYIB.
Bila perut terbeban, perut dan usus jadi rosak dan ini menyebabkan badan jadi SENSITIF. Apakah jenis makanan yang biasanya menyebabkan perut sensitif jadi terbeban stres ini?
- Makanan susah hadam (Gluten, susu, lektin, serat, prebiotik@kanji degil)
- Makanan proses penuh kimia dan aditif.
- Makanan penyebab kebakaran dalaman (radang) seperti gula, berlebihan karbohidrat tinggi proses.
- Makanan peningkat stres (prooksida) seperti makanan sunnah.
- Makanan peram dan tak fresh yang jadikan badan lebih sensitif (histamin).
4) STRESS PERSEKITARAN
Bahan jagaan badan yang tidak fitrah akan menyebabkan kulit ekzema terutamanya jadi radang (merah, gatal, panas, sakit, bengkak)
- Sabun kuat alkali seperti sabun antibakteria.
- Deodoran dan minyak wangi pengganggu hormon yang jadikan badan sensitif.
- Lotion, shampoo dengan paraben dan bahan toksik seperti triclosan yang berkumpul dalam badan, menyebabkan sensitif dan radang serta berisiko kanser.
- Bahan toksik seperti plastik panas, cat dan pewarna dalam mainan, peralatan memasak tertentu seperti kuali non stick tertentu..Boleh menyebabkan badan stress..
- Ayam antibiotik boleh ganggu kuman baik dan sebabkan perut jadi stres. Nasi arsenik juga meracun badan setiap hari.
- Jangkitan kuman daripada persekitaran boleh menyebabkan badan menjadi stres.
Bila sensitif,
- Panas atau sejuk sangat juga menyebabkan kulit stres.
- Protein makanan, haiwan atau tumbuhan yang terkena kulit juga boleh menyebabkan stres daripada reaksi alergi.
- Geseran, gosokan, getaran, tamparan boleh meningkatkan stres pada kulit sensitif.
- Garuan juga boleh menyebabkan kulit radang dan lebih stres.
5) TIDUR DAN AKTIVITI.
Jika kita tidak tidur, badan jadi stres kerana aktiviti hormon badan dikawal oleh hormon tidur dan jaga. Bagi penderita ekzema, bersenam juga perlukan TIMING yang betul.
Penderita ekzema juga perlu tahu, stres sedia ada meningkatkan HISTAMIN, KORTISOL dan ADRENALIN yang menyukarkan lagi tidur dan rehat.
.
Maka apakah solusinya setelah kita kenalpasti jenis-jenis stres yang menghantui kita menyebabkan kita sakit ini?
.
Minimakan jika tidak dapat elakkan. Penawar ekzema seperti vitamin C yang mengurangkan sensitif mungkin berkesan bagi kebanyakan kes ekzema..tetapi jika kita berterusan merosakkan dengan ganggu fitrah badan, sukar untuk pulih kekal terutamanya bagi yang mempunyai genetik yang sangat sensitif.
.
Dr. Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan
Eczema, Allergy and Food Intoler
Tiada ulasan:
Catat Ulasan