5 NUTRISI PENTING UNTUK ANAK MEMBESAR DENGAN SIHAT.
Mempunyai anak menyebabkan kita sebagai ibu sering berfikir-fikir adakah anak kita mendapat zat yang secukupnya untuk membesar. Dan kita akan semakin buntu bila anak tidak berselera untuk makan.
Mari kita lihat sebenarnya apa nutrisi ataupun zat yang perlu ada dalam hidangan anak setiap hari agar tumbesaran mereka tidak terjejas.
1. Kalsium
Kalsium penting untuk tubuh kerana berfungsi untuk menguatkan otot,
mengekalkan penghasilan tenaga dan menguatkan jantung. Kalsium juga dapat
menguatkan tulang dan mengelakkan anak daripada risiko tekanan darah tinggi.
Kalsium boleh didapati daripada susu, produk tenusu seperti keju dan yugort, buah-buahan dan sayur-sayuran. |
2. Magnesium
Magnesium bertindak sebagai salah satu nutrien yang penting. Pengambilan
magnesium yang cukup dapat memperbaiki kemampuan jantung, mengekalkan sistem
imunisasi badan, meningkatkan penghasilan tenaga dan membina tulang yang sihat.
Untuk memastikan anak mendapat magnesium yang mencukupi, berilah mereka makanan berasaskan sayur hijau, kekacang dan gandum |
3. Serat
Makanan yang kaya dengan serat baik untuk sistem penghadaman anak. Ini
penting bagi mengelakkan anak terjebak dengan masalah sembelit.
Malah serat juga dapat membantu mengelakkan anak dari serangan jantung, masalah
kolestrol, tekanan darah tinggi dan memastikan berat badan anak dalam
lingkungan yang sepatutnya.
4. Vitamin D
Vitamin D sangat baik untuk sistem imunisasi anak agar dia tidak
mudah dijangkiti penyakit. Vitamin D juga membantu meningkatkan pertumbuhan dan
kekuatan tulang.
Vitamin D boleh didapati dengan mudah daripada ikan dan susu. |
5. Vitamin E
Untuk mengelakkan anak daripada serangan radikal bebas, pastikan
anak mendapat vitamin E yang secukupnya. Vitamin ini juga membantu membina
sistem imunisasi badan dan mengekalkan metabolisme.
Vitamin E terdapat dalam sayur hijau seperti bayam. |
5 jenis nutrisi ini penting untuk diambil dalam setiap hidangan
selain memastikan makanan anak seimbang dengan kandungan karbohidrat, protien
dan lemak. Pengambilan makanan sebenar (real food) yang
pelbagai dapat memastikan anak mendapat zat yang secukupnya untuk membesar.
Rujukan : Majalah PAMA November 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan