Rabu, 16 Januari 2019

CF RUB

CF RUB MEMBANTU DALAM MASALAH PERNAFASAN





Bila dah hampir sampai saat melahirkan anak dalam kandungan, semestinya ibu ayah akan buat persiapan, bukan? Salah satu barang wajib beli, mestilah segala minyak atau balm untuk bayi yang akan dibeli. Yalah. Kadangkala bila anak-anak diserang selsema, sesak nafas, batuk, atau kembung perut, minyak atau  balm adalah ubat ‘wajib’ yang dicari oleh kaum ibu untuk anak mereka. 

Pernah tak terfikir sama ada minyak atau balm yang kita sediakan itu, sesuai atau tidak. Sesetengah balm bila disapu ia boleh menyebabkan kulit terasa pedih dan panas seperti terkena haba. Ini kerana kandungan bahan kimia yang terdapat dalam balm tersebut. Kalau orang dewasa pun tidak tahan dengan kesan sapuan balm inikan pula jika disapu pada bayi.




Seperti yang ibu ceritakan di entri sebelum ini, Tasneem Naturel ada keluarkan 5 jenis balm daripada bahan semulajadi. Kenapa perlu sampai 5balm? Satu balm untuk semua jenis masalah kan lebih mudah. Bagi ibu, lebih bagus ada 5 jenis balm daripada sejenis yang boleh merawat semua kerana, contohnya la kan, bila anak meragam, kita tak tahu puncanya apa. Satu balm yang sejenis untuk semua tu, masalah tu, kita sapu kat anak mungkin akan berkesan tapi kita tak tahu apa punca anak meragam.

Jadi bila ada 5 jenis balm ni, kita tahu la,kalau anak meragam, kita sapu balm TRub dan anak pun senyap. Jadi punca anak meragam sebab kembung perut. Tidur malam tak lena sebab selsema, kita sapu Cf Rub. Kalau satu balm untuk semua, balm itulah untuk batuk, balm tu juga la untuk kembung perut,balm tu juga la untuk selsema, ehhh balm pun pening nak rawat penyakit mana satu. hahahaha.



Untuk entri kali ni, ibu nak ceritakan tentang sejenis balm yang bukan 5F jer suka, ibu pun jatuh cinta tau dengan balm ni. Balm yang sangat membantu bila ibu dan 5F selsema, batuk, hidung tersumbat. Cf Rub nama diberi. Pada awal keluaran dulu, Cf Rub ni nama asalnya Coughful. KKM arah tukarkan sebab coughful tu nama penyakit.




Balm CF-RUB bukan sahaja untuk batuk dan selsema, bila anak demam pun boleh sapu kerana ia mengandungi eucalyptus oil, cypress, tea tree dan lemon yang bagus untuk melegakan pernafasan dan batuk, mencairkan kahak, dan mengurangkan suhu badan. 

Jenis-jenis Essential Oil yang ada dalam balm CF Rub :

1. CYPRESS - Membantu menghapuskan kahak yang terkumpul dalam saluran pernafasan dan paru-paru. Merupakan agen antibakteria, membantu memberi keupayaan untuk merawat jangkitan pernafasan yang disebabkan oleh penumbuhan bakteria yang terlalu cepat.


2. EUCALYPTUS - Dikenali dengan nama minyak kayu putih. Membantu merawat alahan dan resdung. Membantu mencairkan kahak.Membantu merawat asma dengan bertindak balas terhadap membran mukus dengan mengurangkan perembesan lendir.


3. FRANKINCENSE - Memperlahankan aktiviti sistem saraf, membantu memberi rasa relaks dan meningkatkan mood bagi mereka yang sering mengalami gangguan tidur. Membantu meningkatkan kualiti tidur, mood yang lebih stabil dan penumpuan yang lebih baik.


4. LAVENDER - Memperlahankan aktiviti sistem saraf, memberi rasa relaks dan meningkatkan mood bagi mereka yang sering mengalami gangguan tidur. Membantu meningkatkan kualiti tidur, mood yang lebih stabil dan penumpuan yang lebih baik.


5. LEMON - Kaya dengan anti oksida d-limonene. Membantu menghapuskan toksin dalam badan. Membantu anda lebih fokus dan produktif. Minyak ini boleh mengangkat mood anda dan membuat ia lebih mudah bagi anda untuk keluar dari tekanan dan kemurungan yang boleh menyebabkan keletihan.


6. ORANGE - Kaya dengan anti oksida d-limonene. Membantu menghapuskan toksin dalam badan. Membantu anda lebih fokus dan produktif. Minyak ini boleh mengangkat mood anda dan membuat ia lebih mudah bagi anda untuk keluar dari tekanan dan kemurungan yang boleh menyebabkan keletihan.


7. TEA TREE -
Lebih dari 372 kajian saintifik dibuat terhadap tea tree. Antibiotic yang sangat hebat. Dikenali sebagai “minyak pertolongan cemas”. Membantu merawat jangkitan virus dan bakteria. Membantu masalah pernafasan. Membantu melegakan selsema, batuk dan asthma.


Struktur utama balm adalah tidak panas, berangin atau melekit. Sesuai dari newborn hingga dewasa juga ibu mengandung serta bersaiz kecil dan mudah untuk di bawa ke mana sahaja. Kalian tahukan, bayi bawah usia 2 tahun tidak boleh makan ubat batuk selesema? Jadi, Cf Rub adalah ikhtiar terbaik untuk kalian membantu anak mengatasi masalah selsema dan batuk.

OH ya! Pasti ada yang tak percaya akan keberkesanan produk balm Tasneem Naturel sebab ia nya produk keluaran tempatan bumiputra bukan? Biasalah tanggapan macam tu selalu dah ibu dengar. Tidak semua produk tempatan tak bagus malah ada yang lebih bagus daripada produk antarabangsa tau! Seperi Tasneem Naturel ini, ibu sendiri sudah menggunakannya dan ibu akui produk ini antara produk tempatan yang berkualiti. Malah balm ini bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti paraben, SLS dan bahan pewarna. Paling penting ia mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibuat dikilang OEM bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice). 

Cukup sampai disini dulu yer, Untuk entri seterusnya, ibu akan kongsikan feedback pengguna daripada ibu ayah di luar sana yang telah menggunakan balm Cf Rub sebagai salah satu ikhtiar untuk membantu merawat anak mereka. 

Sehingga berjumpa lagi. Assalamu'alaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan