Rabu, 16 Januari 2019

TASNEEM NATUREL

BALM TASNEEM NATUREL SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR




Assalamu'alaikum. Hai semua! ibu merupakan agen sah Tasneem Naturel bagi kawasan Nilai, Negeri Sembilan. Jom ambil tahu tentang Tasneem Naturel ni.

BALM TASNEEM NATUREL


Produk Tasneem Naturel ini diasaskan oleh Puan Haridah Sahri. Asalnya, dihasilkan hanyalah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anaknya sendiri. Semua balm yang dihasilkan adalah bersifat ‘homemade‘.
Kemudian pada bulan 11/2016, demi memenuhi permintaan yang semakin bertambah daripada rakan-rakan dan ibu-ibu yang memerlukan kerana keberkesanannya In Shaa Allah, akhirnya produk ini dikilangkan dikilang yang bertaraf GMP.

PUAN HARIDAH SAHRI
Pengasas Tasneem Naturel

APA ITU BALM TASNEEM NATUREL?

Balm Tasneem Naturel merupakan balm yang dirumus khas untuk membantu menyelesaikan masalah yang selalu dihadapi oleh anak- anak seperti selesema, batuk, kembung perut, meragam dan sebagainya. Balm ini, In Shaa Allah sesuai digunakan dari usia 0bulan sehingga dewasa. Ia selamat untuk disapukan pada kulit bayi anda. In Shaa Allah.

BAHAN-BAHAN DALAM BALM TASNEEM NATUREL

Balm Tasneem Naturel diperbuat dari bahan asas semulajadi. Tiada bahan kimia seperti paraben dan SLS yang mana bahan-bahan ini boleh menimbulkan keradangan pada kulit bukan sahaja bayi tapi juga terhadap orang dewasa. Balm ini adalah campuran pelbagai essential oil/minyak pati yang diblend dengan beeswax (lilin lebah), almond oil (sebagai minyak pengantara),olive oilshea butter dan beberapa bahan lain mengikut fungsinya masing-masing.
Balm tasneem hanya menggunakan bahan- bahan semulajadi seperti :
1. Essential oil mengikut jenis balm
Setiap balm tasneem naturel mempunyai 7-10 essential oil yang telah dicampurkan mengikut dos bayi atau istilah dalam penghasilan minyak pati pokok dinamakan telah di ‘dilute’.
Setiap essential oil yang digunakan mempunyai Material Safety Data Sheet (MSDS) yang mana sijil ini diperlukan untuk mendapatkan kelulusan KKM. Balm tasneem naturel kesemuanya telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. Beeswax
Beeswax adalah bahan yang terhasil dan dikeluarkan daripada kelenjar bawah abdomen lebah. Ia hanya dapat dihasilkan oleh lebah pekerja dan beeswax juga adalah bahan yang menghasilkan sarang lebah yang kukuh.
Beeswax adalah bahan yang sinonim dengan rawatan keradangan kulit. Bahan semulajadi ini dapat merawat masalah kulit kering, masalah bakteria pada kulit, masalah jerawat dan juga strechmark pada kulit.
3. Shea butter
Shea butter terkenal dengan pelembab kulit semulajadi. Banyak produk kosmetik di luar sana menggunakan shea butter dalam bahan mereka. Shea butter dihasilkan daripada tumbuhan Shea atau Karite.
Shea butter mampu melembabkan kulit kering, mengelupas, sunburn, ruam dan banyak diguna pakai dalam produk menghilangkan parut.
4. Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara adalah salah satu komponen dalam penghasilan Balm Tasneem Naturel. Minyak kelapa suda
h terkenal dengan 1001 manfaat. Minyak kelapa dihasilkan daripada isi kelapa.
Balm Tasneem Naturel boleh membantu menyelesaikan masalah seperti yang saya nyatakan di atas, jika disapu secara konsisten pada anak. Yang menariknya ianya berbentuk balm bukan minyak seperti produk essential oil yang lain.
Kenapa berbentuk balm? Ini kerana essential oil tidak boleh disapukan direct pada kulit anak, ada dos yang sesuai untuk kulit anak serta bayi. Balm Tasneem sudah siap gunakan essential oil dos kanak- kanak.

Terdapat 5 jenis balm yang dikeluarkan oleh Tasneem Naturel iaitu :
  1. CF Rub
  2. T Rub
  3. Calm Time
  4. Sleep Time
  5. Skeenz
Apa kelebihan balm-balm ni? Nak tahu tak?
Ibu akan ceritakannya pada entri seterusnya yer. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan