Isnin, 8 April 2019

SLEEP TIME DAN CALM TIME

Anak kuat meragam? Apa puncanya?

"IT HAS WORK WONDERS!"



Kombinasi hebat untuk anak yang susah tidur, kuat meragam dan tidur tak lena. 

Antara sebab kenapa anak mengalami masalah seperti di atas. 

1. Tak sihat, semestinya!
2. Terlebih main waktu siang. Masa nak tidur, mula laa sakit sini sana. Tengah tidur mengigau pula. Syok sangatkan main waktu siang, sampai termimpi-mimpi.
3. Terlebih tidur waktu siang. Mak-mak suka laa ni. Nak senang koje, suh anak tidur. Lagi lama lagi bagus, kan? ๐Ÿ˜
4. Waktu tidur tak teratur. Haaa.. cuba check balik, waktu tidur anak korang. 
5. Baby baru lahir biasanya nak berkepit dengan mak jer kan. Sebab apa? Sebab dia rasa tak selamat. Sebab apa rasa tak selamat? Haaa.. cuba laa fikir sebab apa. Tu pun nak ibu beritahu ke. ๐Ÿ™„

Ok. Tu jer. Ada banyak sebab lagi. Korang jer faham anak korang macam mana kan. 

Eh... apa kena mengena dengan cik ijau ngan cik purple ni. 

Sesuai untuk bayi yang meragam.
Membantu anak anda menjadi lebih tenang dan ceria

Ishh.. tak tahu ke. Cik ijau ngan cik purple ni laa, boleh bantu korang tau. Cik ijau ni bantu anak korang relax, lebih tenang. Nampak jer dia nak start meragam tu cecepat laa calit. Tak pun, lepas mandi ke, terus calit. 

Kesannya bergantung pada individu. Ada yang tak sampai seminit dah nampak kesan. Lebih tenang dan mudah diuruskan. Ada yang berminit-minit pun tak nampak kesan lagi. Kalau gitu jadinya, mak-mak calit kat diri sendiri. Sedut bau dia dalam-dalam. Bila mak tenang, nak uruskan anak pun senang. ๐Ÿ˜Š

Sesuai untuk membantu anak anda supaya
mudah lena dan bangun dalam mood yang ceria.
Cik purple ni pula, ni kalau anak susah tidur atau tidur selalu tak lena, ko guna ni. Calit jer kat anak. Jangan bebanyak. Calit senipis yang boleh.

Tepuk, zikir dan borak-borak dengan anak. In shaa Allah, kejap jer dia lentok. Silap-silap mak pun tak sedar, yang dia tengah cakap sorang-sorang. ๐Ÿคญ

Anak korang ada masalah seperti diatas. Ikhtiar dengan Tasneem untuk hidup lebih ceria dan bahagia. ๐Ÿ˜‰ Jom dapatkan segera sementara stok masih ada. Klik jer link kat bawah ni ok.

AISYAH YUSOF
AGENT TASNEEM NILAI
๐Ÿ‘‡ klik link dibawah

Selasa, 2 April 2019

Mata Ohhh Mata!

Ketumbit! Oh No!!!!

Bangun subuh tadi, mata rasa tak selesa. Sebelah kecil sebelah besar. Dengan pantasnya tangan ni gosok mata. Ketumbit! Alahai... 
Orang cakap, mata kena ketumbit ni sebab mengintai orang mandi. Siapa percaya? Mitos semua tu weii. Bila masa pula ku ada masa nak ngintai orang mandi? Haahaha.
Kalau korang nak tahu, mata ditumbuhi ketumbit ni bukan sebab mengintai orang mandi tau tapi sebenarnya kerana mata dah terkena jangkitan kuman. Bila bakteria mula membiak maka timbul satu benjolan merah di sekitar mata.
Dr Azlindarita Aisyah, Pakar Oftalmologi melalui page Medical Mythbusters Malaysia bagi tips mudah nak hilangkan ketumbit dengan cepat. Semoga membantu!

3 sebab utama kenapa mata di tumbuhi ketumbit.

Cara merawat


Bersihkan kelopak mata


Celup sudu dalam air suam dan tuamkan pada mata selama 3 minit






Masukkan antibiotik ke dalam mata



Saja nak beritahu. Dr Azlindarita Aisyah ni, Dr yang rawat Firha setiap kali ada appt. Hihii. Lembut jer orangnya. Ibu suka! 

Sekian. Selamat mencuba yer. Moga cepat sembuh. 

Ahad, 10 Februari 2019

Kesihatan

APA PERLU BUAT APABILA SERANGGA MASUK DALAM TELINGA

Allah.. membayangkan sahaja dah buat bulu roma meremang. Inikan pula bila menghadapinya. Jom ikuti perkongsian Dr. Chaku a.k.a Dr. Kamarul Ariffin ni. Apa perlu buat bila ada serangga masuk dalam telinga.


"Doktor, lipas masuk telinga saya!"

Kes serangga masuk dalam telinga ni kes yang lazim berlaku. Kalau ia berlaku pada kau orang, tahu tak apa nak buat? Nak tahu? Jom baca!

Tanda-tanda serangga masuk telinga:
✅Berdengung
✅Bunyi keritik
✅Pergerakan
✅Sakit
✅Kurang dengar
✅Keluar air/nanah
✅Berdarah

Apa nak buat jika serangga masuk ke dalam telinga?

1. BERTENANG

Memanglah ngeri dan geli geleman bila ssrangga masuk dalam telinga, tapi cubalah untuk bertenang. Pergerakan yang terlalu banyak mungkin akan menyebabkan serangga masuk lebih dalam.

2. GUNA GRAVITI

Halakan telinga yang dimasuki serangga, ke bawah dan goyangkan sedikit kepala. Jika serangga itu tidak berada terlalu dalam, ia mungkin  akan keluar atau terjatuh keluar dari telinga.

3. ELAK GUNA PUTIK KAPAS

Putik kapas atau pencungkil boleh menyebabkan serangga masuk lebih dalam lagi, terutamanya jika serangga itu masih hidup. Ada risiko serangga itu akan gigit gegendang telinga.

4. ELAK GUNA PENGEPIT

Melainkan serangga tu dah mati, elakkan guna pengepit(twizzers) untuk menariknya keluar. Kaki serangga tajam, jika ia meronta, ia boleh mencederakan salur dan gegendang telinga.

5. GUNA MINYAK ZAITUN 

Jika graviti tak membantu, cuba titiskan minyak zaitun atau baby oil ke dalam telinga yang dimasuki serangga . Minyak akan melemaskan serangga itu, dan ia akan keluar atau mati.

6. CUCI DENGAN AIR

Jika serangga dah mati, selain keluarkan guna pengepit, boleh cuci dengan semburan air sehingga keluar. Gunakan picagari, tapi tak usah sembur kuat sangat. Rosak pula gegendang nanti.

7. JUMPA DOKTOR

Jika semua langkah di atas gagal, maka pergilah berjumpa doktor. Jika berjaya keluarkan, tetapi selepas itu telinga keluar nanah, masih sakit kuat dan telinga kurang dengar, maka jumpa doktor juga.

HATI-HATI!

✅Selepas keluarkan serangga dari dalam telinga, pastikan seluruh serangga tu dikeluarkan. Jangan tertinggal sisa.

✅Selepas prosedur keluarkan serangga, kemungkinan anda akan alami pening. Jadi, jangan terus berdiri. Rehat sebentar.

Itu sahaja! Moga bermanfaat!

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan kita, tanggungjawab kita


Sabtu, 9 Februari 2019

Lirik Lagu Pesan - Irfan Haris

PESAN by IRFAN HARIS


๐Ÿ˜ญ sendiri up video, sendiri nangis. Awat  la sedih nau lagu ni. 


Disaat ku tiada nanti, tiada lagi disisimu
Jangan kau bersedih dan menangis
Engkau insan yang ku sayang
Yang paling ku kasih dirimu
Amat bererti dihidup ku

Nanti diakhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir
Doa doakan la aku
Disaat aku menghadap-Nya

Jaga dirimu, sayangku
Disaat ku bila tiada disisimu
Semoga cinta kita kan bersama ...
Dihatimu....

Jadikan aku yang terakhir
Sampai nafasku terhenti
Dihujung waktu
Saat ku kirim cinta
Yang abadi....

Whooo huooo.

Nanti diakhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir
Doa doakan la aku
Disaat aku menghadap-Nya

Jaga dirimu, sayangku
Disaat ku bila tiada disisimu
Semoga cinta kita kan bersama ...
Dihatimu....

Jadikan aku yang terakhir
Sampai nafasku terhenti
Dihujung waktu
Saat ku kirim cinta

Yang abadi....

Khamis, 31 Januari 2019

TIPS

7 TIPS BAGAIMANA MEMBUATKAN ANAK JATUH CINTA PADA BAHASA ARAB.


1. Dengarkan Lagu arab.

Pagi-pagi lagu Asmaul Husna, sepanjang hari mungkin boleh pasang lagu qasidah,lagu arab kanak-kanak untuk anak mendengar.
.
Adakalanya saya menyanyi di dalam kereta, di dapur. Dia ikut. Release tension  ๐Ÿ˜Š.

2. Bacakan buku untuk anak.

.
Saya tidak pandai bahasa arab. Maka saya mulakan dengan booklet hijaiyyah.
.
.

3. Aktiviti Games ๐Ÿ’˜

.
Saya suka aktiviti fizikal bersama anak. Adakalanya saya main baling bola sambil menyebut huruf dan anak saya sebut nama bahasa arab. Kalau jatuh, saya atau anak saya perlu jalan seperti singa (asad. Alif for asad). Seronok sangat!
.
.

4. Ganjaran sosial dan Ganjaran Harta. 

.
Jangan lupa untuk naikkan semangat anak, kita puji .

"Ummi suka cara Aishah sebut perkataan Asad. Sangat jelas. ".
Peluklaaa......

Ganjaran harta ,mungkin boleh beri stiker.
.
.

5. Cari kawan 

.
Nak buat homeschoolingkan. Carilah kawan untuk anak. Didik anak cuba cakap bahasa arab.
.
.

6. Pelbagaikan bahan untuk anak.


Perlu kenal anak. Jangan kenal customer kita je. Perlu tahu anak suka belajar melalui cartakah ,kad imbasan kah atau bagaimana. Sediakan bahan dimana anak itu boleh lakukan sesuatu.
.
.

7. Wudhuk dan Doa


Saya pasti semua orang tahu. Sekiranya perkara ini boleh dilakukan setiap hari. In shaa allah. ALLAH bantu.

Ini saja tips dari saya.

Sumber : Kak Tasha

Dunia Anak

ANTARA SUKA BERKHAYAL DAN KREATIF, PEMALU DAN BERHATI-HATI. 


Yang mana satu anak anda?

Anak-anak dilahirkan dengan sifat semulajadi yang membezakan setiap seorang daripada mereka. Kadang-kadang apabila kita membanding-bandingkan mereka, secara tidak sengaja kita menggunakan label yang 'negatif' sebagai diskripsi diri mereka contohnya malas, kedekut, lembap, lembik, serabut, cemerkap, degil, buas dan bermacam-macam lagi kosa kata negatif yang sudah sebati dalam masyarakat.
Adakalanya kita menggunakan label negatif ini dengan tujuan untuk memotivaasikan anak supaya anak berubah. Ini adalah kaedah yang salah.

“A child will behave better when the child feels better”. 

Seorang anak akan berkelakuan baik jika dia merasa senang dengan dirinya dan bukannya dengan merasakan dirinya tidak berguna.

Kepercayaan dan konsep diri seorang anak terbentuk sejak anak berusia lingkungan 5 tahun lagi. Jika label negatif ini diberikan oleh individu yang terdekat dan dipercayai oleh anak, anak akan percaya dengan label tersebut dan akan merasakan diri tidak mempunyai harapan untuk berubah. Berpandukan label-label ini, anak akan percaya apa yang diperkatakan tentang dirinya.

"Itulah saya!"

Lihatlah pembawaan anak dari kaca mata yang positif. Gunakanlah label yang positif untuk menerangkan tentang anak tersebut apabila berada di hadapan anak dan apabila menceritakan perihal anak kepada orang lain di hadapan anak. Ini bukanlah bermakna anda perlu bercerita berlebih-lebihan tentang anak sehingga membosankan orang lain.

'Be realistic'.

TUKARKAN LABEL:

1. BUAS KEPADA BERTENAGA

Semua kanak-kanak mempunyai banyak tenaga. Malah kita perlu memupuk keupayaan fizikal anak sehingga boleh mencapai tahap yang maksima kerana perkembangan fizikal adalah penting untuk perkembangan-perkembangan yang lain.

Walau bagaimanapun sesetengah anak mempunyai tenaga yang lebih berbanding anak yang lain. Mereka dilahirkan dengan keupayaan fizikal yang berbeza dan luar biasa. Bagi anak yang sebegini, ibubapa perlu membantu anak menyalurkan tenaganya melalui saluran yang betul.

Jika anak suka memanjat, bawalah dia ke taman permainan atau pusat rekreasi yang sesuai. Tahukah anda semua kanak-kanak mempunyai kecenderungan fizikal untuk memanjat, berguling, melompat, dan berlari? Itu sifat yang normal pada kanak-kanak. Jika kecenderungan ini tidak dibimbing dengan betul, sudah tentulah dia melompat atas sofa rumah atau memanjat gril pintu rumah.

Marah atau menengking tidak akan menyelesaikan masalah tersebut. Makin dihalang makin dibuatnya. Ibubapa yang bijak dan kreatif tahu bagaimana mempositifkan setiap cabaran dan situasi supaya dapat dimanfaatkan oleh anak. Ibubapa yang bijak akan melengkapkan diri dengan ilmu perkembangan kanak-kanak kerana mereka ingin memahami kenapa tingkah laku anak mereka sedemikian.

2. SUKA BERKHAYAL KEPADA KREATIF

Keperluan yang penting bagi anak yang suka berkhayal adalah pensil, kertas, blok binaan, berus, warna, kertas lukisan, dan alat muzik.
Mereka selalunya memiliki kecerdasan bahasa atau linguistik, kecerdasan visual atau artistik, atau kecerdasan muzik.

Kenalpasti apakah yang mengisi khalayan mereka dan beri anak-anak ini peluang untuk meluahkannya melalui saluran kreativiti. Beri anak peluang untuk meluahkan apa yang dikhayalkan. Mungkin mereka memikirkan satu inovasi atau falsafah yang boleh mengubah dunia satu hari nanti.

Apa yang penting adalah memastikan masa yang diambil untuk anak berkhayal tidak berlanjutan sehingga mengabaikan rutin harian yang perlu dilunaskan. Biarlah khayalan itu ada kandungan dan batasannya.

Kenalpasti potensi anak melalui tingkah laku anak yang mungkin tidak menyenangkan kita. Lihatlah potensi itu sebagai satu kelebihan anak yang harus dipupuk. Jika kita mencari dan melihat  yang positif, maka positiflah yang akan kita jumpa sebaliknya jika ia dilihat sebagai negatif, kita akan gagal untuk menyaring potensi anak.

3. DEGIL KEPADA TEGAS (ASSERTIVE)

Satu sifat penting yang perlu ada pada anak-anak kita adalah ‘assertive’. Anak yang 'assertive' adalah anak yang teguh mempertahankan pendiriannya dan tidak mudah dipermain-mainkan oleh orang lain.

Anak yang kita labelkan sebagai degil merupakan seorang yang kental apabila berhadapan dengan cabaran dan mempunyai percaya diri yang tinggi.

Bagi anak yang sebegini, peraturan memainkan peranan yang sangat besar untuk memastikan mereka degil bertempat. Ibubapa tidak boleh menjadi permisif iaitu mengizinkan apa saja yang ingin dilakukan anak. Batasan perlu diwujudkan untuk memastikan mereka selamat dari segi fizikal dan mempunyai pemikiran dan amalan yang bersesuaian dengan nilai dan budaya. Tanpa peraturan, anak ini boleh menjadi degil yang biadap dan tidak kena tempat.

Pemikiran mereka harus diasah dan dipupuk supaya mereka berupaya menjadi seorang yang tegas dengan prinsip yang dipegang. Anak yang 'assertive' ini perlu dipuji dan sifat mereka harus digalakkan lagi kerana itulah diri mereka.

Beri mereka peluang untuk membuat keputusan kerana peluang yang sebegini akan membantu memperkayakan proses pemikiran mereka.

Bagi anak yang sering berbeza pendapat dengan kita terutamanya yang sudah remaja, itu adalah perkembnagan yang normal kerana peringkat pemikiran mereka melangkah ke tahap ‘Formal operational stage’ dari ‘Concrete operational stage’. Mereka berupaya untuk menganalisa dan mengamati sesuatu yang abstrak.

Jika mereka ‘assertive’, bekalkan mereka dengan adab kiranya tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat dan bimbinglah mereka dengan adab untuk berdebat secara berhikmah.

Anak-anak sebegini perlu dilatih untuk mempunyai empati yang tinggi supaya dapat menjadi seorang individu yang mempertahankan hak dan maruah oleh lain yang ditindas dalam masyarakat.

4. KEDEKUT KEPADA BERJIMAT-CERMAT 

Usah terlampau ringan mulut melabelkan anak sebagai seorang yang kedekut jika amalan berbelanja anak tidak sama seperti diri kita. Mungkin anak mempunyai tafsiran yang berbeza tentang berbelanja dan berkongsi. Ingatlah anak-anak bukan kita. Ramai kanak-kanak yang suka menabung walaupun tanpa disuruh oleh ibubapa.

Sifat itu seakan-akan lahir dengan sendirinya dalam diri anak. Inilah yang dinamakan pembawaan. Mereka lahir dengan sifat sebegitu walaupun ayah dan ibu adalah dari kalangan mereka yang suka berbelanja tanpa batasan. Mungkin juga anak belajar dari ibubapa dan bertekad mahu mengamalkan sesuatu yang berbeza.

Individu  yang berjimat cermat sifatnya tidak membazir. Dia berbelanja untuk keperluan dan bukannya kemahuan semata-mata. Dia berjaya mengekang keinginan untuk memiliki sesuatu dengan  ‘delayed gratification’. Dia sabar menunggu ganjaran.

Latihlah anak-anak ini untuk memberi dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan. Latih mereka membantu dengan apa saja kelebihan yang dimiliki.

Melabel mereka dengan label ‘kedekut’ hanyalah satu penghinaan buat anak ini kerana mereka mempunyai agenda mereka yang tersendiri. Cuba fahami agenda mereka walaupun ia mungkin bertentangan dengan agenda kita. Ada pelbagai sebab manusia berjimat cermat.

5. PEMALU KEPADA BERHATI-HATI

Jika dilihat pada otak mereka, anak yang pemalu mempunyai aktiviti yang lebih pada otak kanan mereka. Mereka lebih cenderung kepada aspek kreativiti dan aestetik. Mereka mengambil masa untuk menyesuaikan diri, tidak selesa dalam situasi yang baru dan selalunya sangat sensitif.

Mereka berbeza daripada anak-anak yang mudah berkawan dan sesuaikan diri. Mungkin mereka bukan 'ekstrovert' seperti ibubapa, namun itu tidaklah bermakna mereka tidak berupaya untuk keluar menyumbang dalam masyarakat. Terimalah diri mereka seadanya.

Ibubapa perlu mengingatkan diri sendiri bahawa anak-anak ini adalah pemerhati yang sangat baik. Itu kelebihan mereka. Anak-anak ini mendekati orang lain dan menyesuaikan diri dengan sesuatu situasi dengan lebih berhati-hati.

Mereka tidak terburu-buru dalam mengambil keputusan. Itu juga adalah satu kelebihan. Anak memerlukan peluang untuk melatih diri sendiri untuk lebih ke hadapan. Ramai anak yang pemalu dan tidak banyak bercakap tetapi mereka berupaya berada di atas pentas apabila perlu tanpa sebarang ketakutan.

Mereka memerlukan kaedah latihan yang berbeza. Ibubapa haruslah kreatif dan tidak memaksa mereka untuk menjadi seperti anak yang lain. Paksaan hanya akan meletihkan mereka dan membuatkan mereka berputus asa kerana merasakan diri gagal. Dengan memberi penekanan kepada kelebihan anak, anak akan lebih yakin dengan diri sendiri.

6. CEREWET KEPADA MEMPUNYAI CITARASA

Setiap individu mempunyai citarasa yang berbeza-beza. Kita tidak boleh memaksa seseorang untuk menyukai sesuatu yang kita suka. Anak-anak yang cerewet dalam memilih sesuatu adalah anak yang mempunyai citarasa dan gaya yang tersendiri.

Mereka mungkin lebih kreatif atau menilai sesuatu dari kaca mata yang berbeza daripada kita. Mungkin juga cara berfikir mereka dan persepsi mereka berbeza. Gaya pembelajaran mereka juga mungkin berbeza daripada orang lain. Perbezaan ini tidaklah menjadikan anak itu anak yang tidak baik. Fahami pemikiran anak tersebut dengan banyak bersoal jawab dan berinteraksi dengan anak.

Jika perspektif mereka cuba untuk difahami, dan berlakunya toleransi dua hala, anak akan menjadi lebih terbuka untuk menerima pilihan dari perspektif orang lain. Anak yang cerewet tentang pemakanan perlu dilatih dengan adab supaya bersyukur dengan rezeki yang ada.

Dengan itu walaupun makanan itu bukannya citarasa anak, dia tetap menjamahnya kerana perspektifmya telah berubah. Anak yang cerewet ini selalunya sukar untuk menjadi seorang pengikut atau 'follower' secara membabi buta. Mereka tidak ada perasaan FOMO (Fear of Missing Out) atau takut ketinggalan berbanding orang lain kerana citarasa mereka berbeza. Lihatlah sifat ini sebagai satu kelebihan pada diri anak.

KESIMPULANNYA

Ibubapa perlu positif dan kreatif dalam menilai sifat semulajadi anak. Lebih mudah untuk anak membina jati diri dan keyakinan diri apabila label yang digunakan untuk menerangkan tentang anak adalah sesuatu yang positif seperti kreatif, bertenaga dan berprinsip.

Perkataan yang menggambarkan imej yang positif akan menjadi benteng dan memberi kekuatan untuk anak dalam menangkis pengaruh yang negatif. Anak yang sayangkan diri sendiri kerana kekuatan yang dimilikinya tidak akan merosakkan diri sendiri dengan tingkah laku dan pengaruh yang tidak sepatutnya.

Dengan menukar label ini kita memfokuskan pada kebaikan dan kekuatan dalam diri anak berbanding kelemahan yang dimilikinya.
Didik anak untuk melihat kekuatan pada diri orang lain dan mengagumi kelebihan orang lain juga. Ini dapat menghindari anak dari sifat cemburu dan iri hati yang hanya akan membawa kepada tabiat buli dan memakan diri.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

INFO HYPERACTIVE


APA SEBAB ANAK HYPERACTIVE?

Isnin lepas kami ada share mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh anda cuba dirumah untuk menangani anak yang hyperactive. Kalau belum baca, selepas baca post ini, silakan scroll ke bawah ye.

Hyperactive ni banyak sebab. Boleh jadi disebabkan genetic, pemakanan, personaliti anak itu sendiri, keadaan persekitaran yang serabut (cth: bilik/rumah bersepah) atau masalah sensori.

Kebanyakan anak yang sangat hyperactive disebabkan kombinasi kesemua sebab di atas, terutama sekali masalah sensori/deria.

Dalam tubuh badan kita, ada 20 lebih jenis sensori. Bila ada masalah sensori, mana- mana sensori boleh menjadi terlalu sensitif (HYPERsensitive) atau kurang sensitif (HYPOsensitive). Keadaan yang tak seimbang ini menyebabkan kesukaran untuk  memproses maklumat yang diterima dari deria-derianya.

Deria pendengaran yang hypersensitive menyebabkan anak tutup telinga bila mendengar bunyi seperti vakum atau blender. Deria sentuhan yang hypersensitive menyebabkan anak tak suka pakai baju.

Deria yang hyposensitive pula, memerlukan ransangan lebih. Contohnya anak yang picky eater, hanya mahu makan yang keras-keras sahaja, mungkin disebabkan deria rasa dalam mulutnya tidak teransang dengan makanan yang lembik atau kurang berasa. Bagi anak-anak ini, makanan yang pedas, extra masam, extra manis atau keras baru ada rasa!

Anak-anak yang hyperactive biasanya hyposensitive pada sensori imbangan badan, sentuhan dan pergerakan. Jadi mereka perlu sentiasa bergerak untuk mendapat ransangan yang mencukupi.

Sebagai contoh, bayangkan kita tertidur di  meja dengan kepala atas lengan kanan. Bila bangun, lengan kanan kebas dan tak berasa. Dalam keadaan mamai dan kebas, kita seolah tak tahu di mana posisi lengan kanan kita. Bila kita gerakkan dan picit-picit lengan kanan, baru la rasa normal balik.

Itulah keadaan anak kita yang deria imbangan, sentuhan dan pergerakannya hyposensitive. Bila dia sentiasa bergerak, barulah dia mendapat ransangan yang cukup. Kalau duduk diam, dia akan mula rasa tak seimbang dan tak selesa.

Bila sudah faham kenapa mereka hyperactive, maka akan lebih mudah untuk kita cuba bantu mereka. Paling utama untuk anak-anak hyperactive ialah ransangan pada deria sentuhan dan pergerakan.

Jadi, sekarang boleh scroll bawah ke post Isnin lalu mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh membantu anak-anak hyperactive dan cuba.

Jika info di atas bermanfaat, silakan share pada teman-teman yang tak tahu lagi. Selamat mencuba!

Never lose hope!

#ADHD #ADD #ASD #autism #hyperactive #sensoryprocessingdisorder #SPD

BAHAYA GADGET

Gadget Untuk Anak. 

Merosak atau Membina?


Tahukah anda, billionaire terkaya di dunia, Bill Gates pernah berkongsi kepada media mengenai peraturan khas yang di wujudkan untuk anak anaknya, iaitu.

 "Tiada Telefon Pintar/ Gadget sebelum Usia 14 tahun". 

Menurut beliau,

" Kami telah menetapkan waktu tertentu di mana anak anak di larang sama sekali untuk menggunakan gadget/ skrin. Waktu tidur juga ditetapkan agar mereka mendapat jumlah tidur yang mencukupi. Gadget hanya di benarkan di gunakan untuk ulangkaji atau membuat kerja rumah'

Situasi ini jauh berbeza dengan kebanyakan kanak kanak di Malaysia yang begitu mewah dengan gadget.
.

Larangan Penggunaan Gadget Pada Usia Kurang 2 Tahun

Untuk makluman anda,kanak kanak berusia kurang dari 2 tahun memerlukan aktiviti praktikal yang memerlukan interaksi sosial dan fizikal bersama penjaga/ ibu bapa. Ini penting untuk membentuk skil asas seperti;

- Bahasa dan pertuturan
- Motor ( Pergerakan)
- Sosial- Emosi
- Pemikiran dan tingkahlaku

Sebelum usia 2 tahun, kebanyakan skill asas yang di perlukan untuk mentafsirkan bahan digital di dalam gadget masih belum berkembang sepenuhnya.

Sedikit sebanyak, ia akan menganggu proses daya ingatan, fokus serta perkembangan kanak kanak. Untuk itu, pada peringkat ini, pendedahan digital pada peringkat ini adalah TIDAK DIGALAKKAN sama sekali, dan manfaat pendedahan dunia digital pada peringkat ini adalah sangat terhad.

Antara saranan yang di berikan oleh American Academy of Pediatrics bagi penggunaan media digital/gadget kepada kanak kanak adalaah:

1. Kanak Kanak Kurang 18 Bulan.

ZERO pendedahan kepada gadget/ media digital kecuali perbualan Video (video-chatting) seperti Skype, FaceTime. Namun, penjaga perlu memainkan peranan penting semasa sesi tersebut bagi mewujudkan interaksi.

.
2. Kanak Kanak 18 ke 24 bulan

Sekiranya ibu bapa mahu mendedahkan bahan media digital, pastikan bahan tontonan tersebut BERKUALITI.
Selain itu, ibu bapa perlu bersama sama kanak kanak untuk menerangkan dan berinteraksi bersama anak supaya mereka tahu dan fahami bahan tontonan tersebut.

.
3. Kanak Kanak Berusia 2- 5 tahun

Hadkan penggunaan dunia digital kepada SATU JAM SEHARI sahaja, dan terhad kepada program berkualiti tinggi.
Ibu bapa perlu mengawasi bahan tontonan kanak kanak untuk membantu mereka memahami dan mengaitkan bahan tontonan tersebut dengan persekitaran mereka.

.
4. Kanak Kanak 6 Tahun Ke Atas

Ibu bapa perlu menetapkan HAD penggunaan bahan digital/ gadget setiap hari.
Ketahui apa bahan media yang di tonton oleh kanak kanak tersebut.
Pastikan bahan media TIDAK menyebabkan ganguan untuk anak anak tidur, makan dan aktiviti fizikal.
Segala jenis pendedahan kepada bahan media digital perlu di HENTIKAN 1 jam sebelum waktu tidur.
.

PENTING- PASTIKAN gadget dan bahan media digital TIDAK berada di ruangan berikut;

- Tempat Tidur 
- Rungan makan/ meja makan
- Di dalam kenderaan

Sumber :

Media and Young Minds
COUNCIL ON COMMUNICATIONS AND MEDIA
Pediatrics Oct 2016, e20162591; DOI: 10.1542/peds.2016-2591

PERKATAAN PERTAMA ANAK



Semua perkataan penting, tetapi kalau tanya saya perkataan apa yang paling penting untuk anak belajar dahulu, sudah tentu perkataan:

1. Panggilan Mak Ayah. ๐Ÿ‘ช
2. Meminta atau menyampaikan maklumat, seperti "nak" atau "tak nak" sambil menunjuk ke arah yang dikehendaki ataupun "ya" atau "tak" sambil mengangguk atau menggelengkan kepala. ☝️
3. Keperluan asasi seperti air, susu atau nasi/makan. ๐Ÿผ
4. Rutin wajib harian seperti mandi, makan, tidur, main, minum susu, buang air kecil dan buang air besar. ๐Ÿ˜ด
5. Panggilan ahli keluarga. ❤
6. Anggota badan. ๐Ÿ•บ
7. Nama makanan dan minuman. ๐Ÿฑ๐Ÿ
8. Benda sekeliling seperti cawan, pinggan, bantal, baju, seluar, berus gigi dan sebagainya. ๐Ÿ‘–๐Ÿ‘•

Kalau 8 senarai di atas belum dapat dicapai, usahakan di atas ini dahulu barulah usahakan perkataan "ilmiah" yang lain seperti warna, bentuk, abc, 123, buah-buahan ataupun binatang.  ๐Ÿ˜Š

Untuk anak bawah 2 tahun jangan lupa rule 7 saat setiap suku kata ya ☡

Sebenarnya kalau kita selalu cerita apa yang kita sedang lakukan, pergi ke mana, siapa itu ini, makanan apa yang anak sedang makan dan beritahu apa benda sekeliling anak, sangat mudah untuk anak belajar mengenali dan memahami arahan.

Letakkan niat untuk anak belajar bercakap untuk memudahkan anak menyampaikan info bukannya untuk membandingkan siapa paling cepat pandai bercakap atau belajar. Setiap perkembangan anak berbeza, di atas ini adalah daripada pengalaman sebagai ibu dan pediatric occupational therapist. ๐Ÿ‘ฏ

Semoga bermanfaat, terima kasih.

Maryam Jamadi 
Occupational Therapist
Beyond Home Therapy

SCOLIOSIS


Beberapa hari lepas semasa Firha admit untuk pembedahan pemisahan jari, ibu sebilik dengan seorang remaja Cina. Kat kepala dia ada pakai besi. Tak tahu nak panggil apa nama besi tu. Nak bertanya segan pula. Kira ni kali ke 2 ibu dan Firha sebilik dengan pesakit yang pakai besi kat kepala. Hari ni, lalu pula perkongsian Doc Khairul Faizie tentang Scoliosis. Ni rupanya nama penyakit yang dihadapi remaja-remaja tersebut. Jom ikuti perkongsian Doc Khairul Faizie tentang Scoliosis.

================================

Kalau anak anda selalu mengadu sakit bahu / sakit belakang, terutama nya setiap kali lepas balik dari sekolah, jangan anggap ianya semata mata sebab ' beg sekolah berat'.
Buat pemeriksaan lanjut, sebab ia boleh jadi simptom awal SCOLIOSIS.



Malahan dalam practice aku di klinik pun, banyak kali diagnosed kes scoliosis based on simptom sakit belakang yang kerap dalam kanak2 / remaja, terutama lepas balik sekolah.

Scoliosis juga kerap di jumpai secara tak sengaja, bila remaja / or dewasa buat pemeriksaan X Ray dada utk tujuan medical check masuk kerja / Xray sebab batuk teruk / etc. Dalam X ray dada boleh dilihat juga keadaan tulang belakang yg membengkok.


Apa itu Scoliosis?
============
Ianya satu keadaan apabila tulang belakang ( spine ) membengkok samada ke kiri, atau ke kanan. Tulang belakang bukan sahaja boleh membengkok, malahan ia boleh berputar pada paksi nya ( twisting) .

Scoliosis boleh terjadi pada semua peringkat umur, tapi paling biasa pada umur sekitar 9, 10 tahun  hingga 15 , 16 tahun. Pada peringkat ini, tumbesaran akan cepat berlaku, utk kanak2 perempuan seawal usia 9 tahun, dan lelaki, 12 tahun. Proses pecutan tumbesaran tulang belakang yang abnormal pada usia ini lah yang menjadikan Scoliosis.

Ini lah kes kes majoriti Scoliosis, sekitar 80% kes, dipanggil Adolescence Idiopathic Scoliosis ( AIS).
AIS kalau tak di rawat / follow up , boleh menyebabkan tulang belakang makin bengkok...kerana proses AIS ini selalunya berlangsung utk tempoh 2 - 3 tahun.

Faktor Keturunan
=============
Scoliosis ada hubung kait faktor keturunan. Jika ada ahli keluarga terdekat yg ada keadaan scoliosis ni, maka anda perlu ambil berat tentang tulang belakang anda / anak2 anda.

Jantina
=======
Majoriti kes scoliosis melibatkan remaja perempuan.

Simptom?
=========
Kerap sakit belakang / sekitar bahu ke bawah.
Baju boleh jadi tak muat sebelah badan.
Kadangkala, tiada simptom (peringkat awal).

Kalau scoliosis teruk, ia boleh beri kesan pada pernafasan ( dimana otot2 paru2 melekat pada tulang rusuk).



Tanda ( Sign ) ?
===========
- Nampak tulang  belakang senget ( bila bukak baju, lihat belakang)
- Bahu senget sebelah
- Pinggul senget sebelah
- Bila berdiri, pesakit kerap senget kan sebelah badan ( cuba nak balance)
- Kaki panjang sebelah ---  postur jalan tak betul ( sebab tulang pinggung senget)

Screening for AIS:
==============
 Sebab peringkat awal AIS tak de simptom, maka seeloknya buat screening proses. Mudah ja.
 Boleh buat sendiri di rumah.
Buat test yg dipanggil Adam's Forward Bend Test  (lihat gambar).


Suruh anak buat postur macam rukuk dalam solat, Lihat dari belakang / atau depan...kalau ada scoliosis / AIS, maka kita boleh perasan ada bonggol tulang rusuk ( rib hump).

Kalau Adam's Forward Test positif, bawak anak jumpa doktor..biar doktor sah kan..dan mungkin perlu x ray.

Rawatan
=========
Bergantung kepada berapa teruk scoliosis, rawatan nya terdiri dari fisioterapi , hingga lah ke pembedahan tulang belakang.

Pemakaian brace juga kadangkala perlu utk elak tulang makin membengkok dalam fasa 2-3 tahun pecutan pembesaran tu.

Scoliosis yang melibatkan baby & kanak2 kecil selalunya tak perlu rawatan, sebab over time ia akan pulih sendiri bila mereka membesar.

Sumber : Doctor Khairul Faizie

ANAK CAKAP BAHASA JERMAN. BAGAIMANA NAK BANTU?



Ikuti tip mudah ini!

===========

Anak bercakap sepatah dua perkataan, masih boleh faham. Bila buat ayat panjang, bunyi macam cakap 'Jerman'!

Ada inisiatif nak berinteraksi, nak bercerita. Tapi bahasa sendiri, orang lain tak dapat nak faham.

Nak bercerita, bermain, pasti keluar bahasa sendiri.

Familiar situasi begini?
.
.

Ini namanya 'jargon'. Percakapan yang anak hasilkan tidak difahami. Jika pelat, masih boleh difahami walaupun sebutan tidak jelas.

Bagaimana ini boleh terjadi?

+  anak meniru percakapan orang sekeliling atau melalui media elektronik.

Perkara ini lebih kerap berlaku bagi anak-anak yang banyak terdedap kepada TV atau gajet.

Di skrin kita boleh lihat kadar percakapan yang laju, tiada pengulangan, tiada penekanan perkataan dan ayat yang panjang.

+  Kosa kata yang terhad.

Untuk memahami ayat yang panjang, perlu kenal dan faham banyak kosa kata. Untuk menghasilkan ayat, kosa kata perlu luas.

Jika tidak, apabila mendengar ayat yang panjang, mereka tidak boleh 'make sense'.

Fasa jargon adalah normal untuk anak berumur sekitar 18 bulan hingga 24 bulan. 

Namun, ada kanak-kanak yang berada dalam fasa ini lebih lama. Ini dikira sebagai lewat bertutur.
.
.

Untuk membantu, cuba ikuti tip di bawah:

1. Tambahkan kosa kata anak. 


   +   Labelkan setiap benda atau perkara yang dilakukan. Setiap keadaan, praktis kaitkan perkataan.

   +   Gunakan kamus bergambar.

2. Pendekkan ayat mengikut level pertuturan anak.


3. Galakkan anak melihat ketika kita bercakap. 


4. Ajar menyebut perkataan secara bermain di hadapat cermin. 


Beri penekanan (pergerakan mulut dan reaksi muka) pada setiap penghasilan bunyi. Contohnya, sebut "aaa" dengan mulut terbuka luas.

5. Terokai ruang dalam rumah. 


Cari benda dan labelkan. Jadi kreatif dan tukarkan kepada permainan yang menarik.

6. Libatkan penggunaan gerak isyarat ketika bercakap. 


Contohnya, "nak makan?" Sambil buat isyarat makan, jari dirapatkan dan digerakkan ke arah mulut.

7. Apabila anak bercakap, cuba cari klu bagi memahami apa yang cuba disampaikan. 


Ulang semula ayat yang dihasilkan dengan cara yang betul.
.
.

Semoga dengan panduan ini dapat membantu anak-anak menjadi pasangan komunikasi yang berkesan.

Jika didapati anak lama dalam fasa bahasa jargon ini, jangan berlengah untuk dapatkan bantuan Speech-Langauge Therapist.

Teknik yang betul akan diajar bagi meningkatkan kemahiran berinteraksi antara ibu bapa dan anak.

Siti Sarah Said
Speech-Language Therapist.


CARA KANAK-KANAK BERKOMUNIKASI


Ramai yang tanya. Anak saya tak sebut balik selepas saya bagitahu perkataan tu.. macam mana yea?

Kanak-kanak ada communication style (atau interaction style) mereka sendiri

Rujukan from Hanen, ada 4 stail komunikasi kanak-kanak

Secara ringkasnya:

1. Social 

- jenis yang akan mulakan dulu dan senang nak berikan respon semula

2. Reluctant

-  akan memberi respon tetapi akan kurang memulakan satu interaksi (orang mula cakap, baru dia respon, tapi kadang-kadang respon itu tidak verbal, hanya gunakan gerak badan atau ekspresi muka)

3. Passive

- tak mulakan, tak respon

4. Own agenda

- random ikut suka dia

Jadi macam mana nak galakkan anak memberi respon? Especially utk reluctant, passive and own agenda style.

Cuba guna teknik ini..

1. Bercakap pada paras mata anak 


2. Tunggu dengan sengaja - lepas cakap satu perkataan/ayat tu,  lean forward dekatkan muka dbadan ke arah anak (supaya dia tahu anda menunggu respon darinya)

3. Semasa tunggu tu, kira 1-10 dalam hati ๐Ÿ˜‰ beri masa untuk anak dengar dan proses apa dia dengar.

4. SABAR, elakkan memaksa anak “cakaplah, sebutlah, adik sebut, adik ikut” - ๐Ÿ˜…jujurnya siapa suka dipaksa utk bercakap semasa sedang berinteraksi??

5. Pastikan bila sebut perkataan atau ayat yang ditarget tu jelas dan dengan pace yang perlahan

6. Apabila anak tak ready nak sebut, its OK. Bukannya dia tak dengar, he/she just needed more time and courage to say it. Just ulang semula ✌️

Seorang ibu ada praktis teknik ini dengan saya minggu lepas, dia tak puas hati anak memberi respon kepada saya dan tidak kepada dia.

Dia rasa sangat susah nak apply walaupun teknik ini nampak mudah, saya minta juga dia praktis dalam sesi :) hehe , jangan give up!

After 5 trials dia cuba, anak dia respon dan nampak kelegaan apabila dia berjaya.

#cubaduluya
#istiqamah
#knowyourtarget
#1tipsaweek

Sumber : Puan Iffah Rashida

AKHIRNYA, RAHSIANYA TERBONGKAR JUA!

BUDAK 3 TAHUN ITU MEMBISU, AKHIRNYA RAHSIANYA TERBONGKAR JUA

Allahu. Sebagai ibu kepada 2orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan ni, ibu betul-betul rasa takut sangat dengan perkongsian Kak Hana ni. Lindungi anak-anakku Ya Allah.

Jom ikuti perkongsian kak Hana. Moga bermanfaat buat semua.

Hari tu, luarbiasa ramainya pesakit kat klinik. Masa menunggu dah hampir sama macam kat klinik kerajaan, cecah 3-4jam. Menjelang maghrib, ada sepasang ibu ayah bawak anak perempuan masuk.

Ibu ni dah biasa datang, boleh kata regular customer. Dia baru bersalin anak ke3, sebelum ni check up mengandung pun kat klinik kami. Kali ni dia bawa anak ke2.

Kakhana greet dia, ucap sorry terlebih dulu. “Minta maaf ya puan, tunggu lama. Patient ramai skit hari ni”

Si ibu pun jawab “Takpa Dr, bukan senang kami nak jumpa Dr”

Yelah, kakhana pun lokum bukannya selalu.

“Ok ibu, ada siapa-siapa yang tak sihat ka?”

Ibu ni pun jawab “Ni Dr, dari tadi balik sekolah takmau kencing” sambil tangannnya tarik si anak perempuan menghampiri Dr.

“Umur berapa ni?”

“Masuk 3 tahun 3 bulan Dr”

“Oh, 3 tahun dah sekolah ya?”

“Dialah yang paling kecik kat tadika tu Dr, dia sorang je 3 tahun”

Kakhana pun cuba sembang dengan anak kecil ni.

“Ada rasa nak kencing tak sekarang?”

Diam.

“Kalau kencing sakit dak?”

Diam lagi.

“Ada sakit perut? Sini sakit dak?” (sambil pegang perut dia)

Sayangnya, si anak masih membisu tanpa respon๐Ÿ˜…

“Dia memang macam ni Dr, kalau dengan orang tak kenal payah nak bercakap. Kat rumah boleh pulak cakap tak benti”

Ok takpa, actually I need to get this child to pee. Nak cek sama ada kencing kotor, sebab kanak-kanak perempuan lebih mudah terkena jangkitan pada saluran kencing berbanding kanak-kanak lelaki.

Jom kita baring dulu, cek perut skit.

Perutnya memang kembung, pundi kencingnya cekang. Bila scan tudiaa, air kencing penuh. Tapi maknya kata dari siang balik sekolah dia takut nak kencing.

Pengalaman lampau mengajar kakhana untuk lebih detail korek history.

So masa si anak ni tengah baring di katil pemeriksaan, kakhana pun tanya soalan cepucemas.

“Kat sekolah, ada orang pegang bawah ni tak?” sambil merujuk pada private part dia.

Tiba-tiba anak kecil yang diam membatu dari tadi, angguk perlahan.

“Siapa pegang?”

Tak jawab.

“Cikgu?”

Geleng.

“Kawan?”

Angguk.

“Kawan perempuan?”

Geleng.

“Kawan lelaki?”

Angguk.

Kakhana tengok ibunya yang bertudung labuh pucat lesi, wajahnya berubah.
Ayahnya yang berkopiah turut sama terkesima.

"Siapa yang pegang adik?"

Menggeletar suara si ibu.

Pastinya hancur harapan parents ni. Hantar anak ke tadika islam seawal usia 3 tahun, tinggi harapan mereka nak didik anak perempuan kecil ni dengan nilai-nilai islami di awal usia. Tapi lain pula jadinya.

Astaghfirullah, nauzhubillah.

Ini bukanlah kes pertama, bukan juga kes kedua, tapi dah banyak kali kakhana jumpa.

Ada yang pelakunya sekolah rendah, ada yang sekolah menengah, dan kali ni pelakunya kanak-kanak tadika.

Sebelum ni kakhana pernah kongsi juga kisah kanak-kanak 6 tahun yang dicabul jiran pengasuh.

Kali ni kes sama berlaku di tadika, di tempat yang sepatutnya protected.

But it seems that no place on earth is safe anymore.

Macamana kes ni boleh berlaku? Macamana budak mentah 4-6 tahun boleh pandai mencabul?

Antara puncanya, proses #GROOMING.


Mana datangnya grooming untuk budak bawah 5 tahun yang kadang-kadang masih berpampers dan berbotol susu ni?

1. #YOUTUBE


Parents, jom pantau anak-anak kita. Jangan ingat anak-anak innocent kita cuma tengok Ryan's toy review dan Upin Ipin saja.

Kadang-kadang dia boleh klik kartun-kartun mengarut. Pernah sekali anak kakhana tekan kartun spiderman, agaknya dia ingatkan spiderman lawan orang jahat.

Rupanya kartun spiderman kawin dengan Elsa lepas tu buat Elsa mengandung. Mula-mula kartun, lama-lama terklik video yang tak kartun, nauzhubillah.

Ini grooming, tuan-tuan & puan-puan.

2. #KARTUN


Jangan tak tau, banyak sangat fairytale yang ada kisah cintan cintun. Princess kawin dengan putera raja, last-last ada adegan cium.

Even Ultraman yang sepatutnya cerita lawan-lawan raksasa tu pun ada je adegan romantik. Terus kami banned. Kadang-kadang ada aksi si perempuan jahat yang seksi pakai coli besi tengah lawan dengan kuncu-kuncu ultraman.

Ini grooming, tuan-tuan & puan-puan.

3. #DRAMA


Drama Melayu kita sekarang pun dah makin berani dan melampau. Adegan pegang tangan, peluk-peluk, lentok atas bahu, sembam atas dada. Tu belum cerita adegan di atas ranjang.

Oh ya, belum lagi masuk drama/filem Hollywood, Bollywood, Koreawood.

Ibu ayah pulak tonton drama dengan anak-anak, family time katanya. Rupanya si anak kecil memerhati. Esok aku nak try buat adegan sama dengan kawan sekolah, detik hati.

Ini grooming, tuan-tuan & puan-puan.

4. #STORYBOOK


Hati-hati juga pilih storybook. Scan dulu gambar-gambar di dalam. Kadang tu stories untuk kanak-kanak tapi ada storyline, gambar dan adegan-adegan yang tak sepatutnya.

Sama macam kes kartun tadi.

Ini pun grooming, tuan-tuan & puan-puan.

5. #IBUBAPA


Tanpa sedar kadang-kadang kita juga menyumbang pada proses grooming tadi. Ibu-ibu ada yang berpakaian sedikit seksi di rumah.

Ayah-ayah pulak nak bermesra dengan ibu tu biarlah berpada-pada. Nak tunjukkan kasih sayang tu boleh tapi yang lebih-lebih tu jangan tayang depan anak-anak please.

Ada juga ayah-ayah yang kaki game, main pulak game yang ada perempuan seksi. Lurah dendam sana sini tersembul. Anak-anak pun tertengok sama.

Ibu-ibu pulak kaki tengok drama korea sambil lipat kain, dengan anak-anak sekali tertengok. Macam-macam adegan ada, tak payah cakaplah kan.

Ini semuanya grooming, tuan-tuan & puan-puan.

Walaupun anak-anak kecil ni belum pandai main game. Belum reti baca novel atau baca manga yang ada adegan lucah. Tapi 5 sumber grooming di atas pun dah cukup membawa padah. Dah cukup mengundang resah.

Grooming ini sebenarnya salah satu jalan yang boleh musnahkan masa depan anak-anak kita. Sampaikan puan Sharifah Zahidah namakan grooming ni sebagai TEROWONG KE NERAKA.

Budak 4-6 tahun mumaiyyiz pun belum, ibu ayah. Mereka tak bersalah. YANG BERSALAH ialah kita, ibu ayah yang  GAGAL MELINDUNGI MEREKA!

PANTAU anak-anak kita.
APA YANG MEREKA BACA.
APA YANG MEREKA LIHAT.
APA YANG MEREKA DENGAR.
DAN APA YANG MEREKA RASA.

Jadi bestfren anak-anak, supaya mereka percaya pada kita dan TAK BERAHSIA dengan kita.

Dan sebagai tambahan, ibu ayah yang ada anak-anak lelaki, ajarkan supaya jangan buat 3 benda ni pada orang perempuan!

1. JANGAN #TENGOK SEMBARANGAN


- Anak lelaki ni tinggi hormon testosteronnya. Cepat terangsang kalau terlihat aurat terdedah walau sekecil-kecil benda

- Ajar anak kita tundukkan pandangan dan tutup mata kalau ada iklan tak senonoh muncul masa tengah main game atau masa tengah tengok TV

2. JANGAN #SENTUH SEMBARANGAN


- Ajar anak lelaki kita jangan sentuh perempuan yang bukan mahramnya.

- Selama ni kita asyik ajar anak-anak supaya jerit dan lari kalau ada orang nak sentuh bibir, dada, faraj & punggung, tapi jangan lupa ajar jugak anak lelaki supaya jangan sentuh 4 titik tubuh ni terutamanya kawan perempuan.

3. JANGAN #BERKASAR PADA PEREMPUAN


- Fizikal anak lelaki memang dicipta lebih kuat daripada anak perempuan.

- Ajarkan anak lelaki yang mereka ni sebenarnya dilahirkan sebagai hero untuk melindungi, bukannya menindas dan menyakiti perempuan.

Paling penting, ibu ayah jadilah teladan terbaik.
Nak didik anak-anak jadi generasi yang beriman & baik akhlak, nak bentuk anak-anak jadi pemimpin masa depan.
Tapi ibu ayah pun habiskan masa tengok drama lagha & main game berunsur lucah.

Nauzhubillah๐Ÿ˜ฅ
Maaf jika terkasar, jom muhasabah bersama.
Nasihat terutama untuk diri sendiri.

Kakhana,
A terrified mother ๐Ÿ˜ฅ