Khamis, 31 Januari 2019

ANAK CAKAP BAHASA JERMAN. BAGAIMANA NAK BANTU?



Ikuti tip mudah ini!

===========

Anak bercakap sepatah dua perkataan, masih boleh faham. Bila buat ayat panjang, bunyi macam cakap 'Jerman'!

Ada inisiatif nak berinteraksi, nak bercerita. Tapi bahasa sendiri, orang lain tak dapat nak faham.

Nak bercerita, bermain, pasti keluar bahasa sendiri.

Familiar situasi begini?
.
.

Ini namanya 'jargon'. Percakapan yang anak hasilkan tidak difahami. Jika pelat, masih boleh difahami walaupun sebutan tidak jelas.

Bagaimana ini boleh terjadi?

+  anak meniru percakapan orang sekeliling atau melalui media elektronik.

Perkara ini lebih kerap berlaku bagi anak-anak yang banyak terdedap kepada TV atau gajet.

Di skrin kita boleh lihat kadar percakapan yang laju, tiada pengulangan, tiada penekanan perkataan dan ayat yang panjang.

+  Kosa kata yang terhad.

Untuk memahami ayat yang panjang, perlu kenal dan faham banyak kosa kata. Untuk menghasilkan ayat, kosa kata perlu luas.

Jika tidak, apabila mendengar ayat yang panjang, mereka tidak boleh 'make sense'.

Fasa jargon adalah normal untuk anak berumur sekitar 18 bulan hingga 24 bulan. 

Namun, ada kanak-kanak yang berada dalam fasa ini lebih lama. Ini dikira sebagai lewat bertutur.
.
.

Untuk membantu, cuba ikuti tip di bawah:

1. Tambahkan kosa kata anak. 


   +   Labelkan setiap benda atau perkara yang dilakukan. Setiap keadaan, praktis kaitkan perkataan.

   +   Gunakan kamus bergambar.

2. Pendekkan ayat mengikut level pertuturan anak.


3. Galakkan anak melihat ketika kita bercakap. 


4. Ajar menyebut perkataan secara bermain di hadapat cermin. 


Beri penekanan (pergerakan mulut dan reaksi muka) pada setiap penghasilan bunyi. Contohnya, sebut "aaa" dengan mulut terbuka luas.

5. Terokai ruang dalam rumah. 


Cari benda dan labelkan. Jadi kreatif dan tukarkan kepada permainan yang menarik.

6. Libatkan penggunaan gerak isyarat ketika bercakap. 


Contohnya, "nak makan?" Sambil buat isyarat makan, jari dirapatkan dan digerakkan ke arah mulut.

7. Apabila anak bercakap, cuba cari klu bagi memahami apa yang cuba disampaikan. 


Ulang semula ayat yang dihasilkan dengan cara yang betul.
.
.

Semoga dengan panduan ini dapat membantu anak-anak menjadi pasangan komunikasi yang berkesan.

Jika didapati anak lama dalam fasa bahasa jargon ini, jangan berlengah untuk dapatkan bantuan Speech-Langauge Therapist.

Teknik yang betul akan diajar bagi meningkatkan kemahiran berinteraksi antara ibu bapa dan anak.

Siti Sarah Said
Speech-Language Therapist.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan