Gadget Untuk Anak.
Merosak atau Membina?
Tahukah anda, billionaire terkaya di dunia, Bill Gates pernah berkongsi kepada media mengenai peraturan khas yang di wujudkan untuk anak anaknya, iaitu.
"Tiada Telefon Pintar/ Gadget sebelum Usia 14 tahun".
Menurut beliau,
" Kami telah menetapkan waktu tertentu di mana anak anak di larang sama sekali untuk menggunakan gadget/ skrin. Waktu tidur juga ditetapkan agar mereka mendapat jumlah tidur yang mencukupi. Gadget hanya di benarkan di gunakan untuk ulangkaji atau membuat kerja rumah'
Situasi ini jauh berbeza dengan kebanyakan kanak kanak di Malaysia yang begitu mewah dengan gadget.
.
Larangan Penggunaan Gadget Pada Usia Kurang 2 Tahun
Untuk makluman anda,kanak kanak berusia kurang dari 2 tahun memerlukan aktiviti praktikal yang memerlukan interaksi sosial dan fizikal bersama penjaga/ ibu bapa. Ini penting untuk membentuk skil asas seperti;
- Bahasa dan pertuturan
- Motor ( Pergerakan)
- Sosial- Emosi
- Pemikiran dan tingkahlaku
Sebelum usia 2 tahun, kebanyakan skill asas yang di perlukan untuk mentafsirkan bahan digital di dalam gadget masih belum berkembang sepenuhnya.
Sedikit sebanyak, ia akan menganggu proses daya ingatan, fokus serta perkembangan kanak kanak. Untuk itu, pada peringkat ini, pendedahan digital pada peringkat ini adalah TIDAK DIGALAKKAN sama sekali, dan manfaat pendedahan dunia digital pada peringkat ini adalah sangat terhad.
Antara saranan yang di berikan oleh American Academy of Pediatrics bagi penggunaan media digital/gadget kepada kanak kanak adalaah:
1. Kanak Kanak Kurang 18 Bulan.
ZERO pendedahan kepada gadget/ media digital kecuali perbualan Video (video-chatting) seperti Skype, FaceTime. Namun, penjaga perlu memainkan peranan penting semasa sesi tersebut bagi mewujudkan interaksi.
.
2. Kanak Kanak 18 ke 24 bulan
Sekiranya ibu bapa mahu mendedahkan bahan media digital, pastikan bahan tontonan tersebut BERKUALITI.Selain itu, ibu bapa perlu bersama sama kanak kanak untuk menerangkan dan berinteraksi bersama anak supaya mereka tahu dan fahami bahan tontonan tersebut.
.
3. Kanak Kanak Berusia 2- 5 tahun
Hadkan penggunaan dunia digital kepada SATU JAM SEHARI sahaja, dan terhad kepada program berkualiti tinggi.Ibu bapa perlu mengawasi bahan tontonan kanak kanak untuk membantu mereka memahami dan mengaitkan bahan tontonan tersebut dengan persekitaran mereka.
.
4. Kanak Kanak 6 Tahun Ke Atas
Ibu bapa perlu menetapkan HAD penggunaan bahan digital/ gadget setiap hari.Ketahui apa bahan media yang di tonton oleh kanak kanak tersebut.
Pastikan bahan media TIDAK menyebabkan ganguan untuk anak anak tidur, makan dan aktiviti fizikal.
Segala jenis pendedahan kepada bahan media digital perlu di HENTIKAN 1 jam sebelum waktu tidur.
.
PENTING- PASTIKAN gadget dan bahan media digital TIDAK berada di ruangan berikut;
- Tempat Tidur
- Rungan makan/ meja makan
- Di dalam kenderaan
Sumber :
Media and Young Minds
COUNCIL ON COMMUNICATIONS AND MEDIA
Pediatrics Oct 2016, e20162591; DOI: 10.1542/peds.2016-2591
Tiada ulasan:
Catat Ulasan