Khamis, 31 Januari 2019

How to Be an Elegant Person


(Jom kita sesuaikan dengan penampilan Muslim/Muslimah. Professional Elegant Muslim/Muslimah)

People who know and show proper etiquette are often perceived as being elegant. Even if you weren't born into an elegant environment, it is something you can learn by watching people you admire, reading guidelines on proper etiquette, and following the advice. And then you need to practice until it comes as second nature.

Start out being elegant in front of a mirror when you are alone, and then show your friends the "new you." Once you're comfortable with your new public persona, take it with you everywhere.

*The Way You Look*


There is nothing you can do about the fact that people will judge you by the way you look, so use it to your advantage. You don't have to drain your bank account to look refined. You just have to be wise with your choices.

Here are a few tips on refining the way you look:

💐Posture – Stand up straight and hold your head up when you walk. Don't slouch when you sit. Your body language says a lot about you.

💐Expression – Don't frown. You don't have to constantly smile, but try to have a friendly look on your face.

💐Attire – Dress appropriately. If you are in doubt about what to wear to a specific event, contact the sponsor or host and find out. Never wear wrinkled or dirty clothing. Take the time to polish your shoes.

💐Makeup – Understated is always better than too much makeup. Start with a clean face and pick one feature to enhance. Most makeup experts advise clients to play up either the eyes or the lips, not both

*The Way You Speak*


An elegant woman speaks with confidence about topics she knows. She is also a good listener who makes the people she's with comfortable. If you're able to put other people at ease, their impression of you will be positive.

How to speak with elegance:

🌹Smile often and make eye contact.

🌹Speak clearly and avoid using slang that isn't familiar to the people you are talking to.

🌹Avoid being a drama queen. Don't air all your grievances to everyone you speak with. Save those for your closest friend who can be trusted to keep a confidence.

🌹Don't constantly brag about yourself.

🌹Don't provide too much personal information. There are some things people don't need to know.

🌹Be a good conversationalist. Turn the attention to the other person, and she will think you're brilliant.

*The Way You Act*


In order to be perceived as an elegant woman, you must act with dignity and poise. Don't do something childish or silly just to get attention.

Ways to act in an elegant manner:

🌷Refrain from anything scandalous. For example, getting drunk and staggering across a bar is far from being elegant. Stay sober and don't do anything that will embarrass you later.

🌷Take classes to better yourself or learn something new.

🌷Develop an appreciation for the arts. Attend classical concerts and ballet. Visit museums.

🌷Participate in sports and be a gracious sports spectator.

🌷Before you travel to a new place, learn the customs and enough of the language to get around.

🌷When you are invited to a party, send your RSVP as soon as possible and don't forget to bring a hostess gift.

🌷Never forget to send a thank you note.

🌷Learn and exhibit proper table manners when dining.

🌷Be a good tipper at restaurants, the hair salon, and anywhere else you receive a service.

🌷Be kind and generous to others.

🌷Be respectful of personal space. Don't crowd people who clearly need more elbow room.

🌷Host a get-together for others who have invited you to their homes.

Let's be an elegant professional Muslimah 💐🥰

Sumber dipetik dari The Spruce.

CARA DIDIK ANAK SOLAT TANPA PAKSAAN



Solat merupakan tiang agama. Untuk mendidik anak rajin solat hendaklah bermula sejak mereka diawal usia lagi. Kesilapan yang sentiasa dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan memaksa anak-anak untuk mendirikan solat. Kaedah yang lemah ini membuatkan didikan itu kurang berjaya.

Ini kerana anak-anak yang masih kecil dan tidak faham erti tanggungjawab itu, lebih merasakan terpaksa. Oleh itu, anak-anak akan lebih mudah untuk memberontak atau berbohong seperti mengaku sudah solat setiap kali ditanya.

Mendidik anak-anak solat boleh seawal usia mereka 2-3 tahun.

“Jika seorang anak sudah mengetahui dan dapat membezakan tangan kanan dan kirinya, maka perintahkanlah dia untuk mengerjakan solat.”
[Riwayat ath-Thabarani)

12 Tips Berkesan Mengajar Anak Kecil Solat Dengan Mudah

 

1. Selalu Solat Depan Anak

Ibu bapa adalah model terdekat yang boleh dijadikan contoh teladan oleh anak-anak. Oleh itu, belajar untuk solat di tempat yang mampu dilihat oleh mereka. Biasakan mereka untuk melihat anda solat walaupun anak masih kecil.
Kebiasaannya anak-anak kecil akan meniru gaya kita solat. Itu adalah petanda yang bagus kerana mereka sudah berminat dan rasa ingin tahu tentang solat. Disamping itu, ia mendidik anak-anak bahawa solat merupakan rutin yang wajib dilakukan setiap hari.

2. Ajak anak solat, jangan menyuruh..

“Along, jom solat dengan ayah.”
“Along, pergi solat!”

Lebih baik sekiranya ibu bapa mengajak anak untuk solat berjemaah bersama mereka berbanding membiarkan anak solat sendirian.
Tidak perlu tunggu sehingga anak berumur 7 tahun untuk mengajak mereka bersolat.
Walaupun anak baru berusia 2-3 tahun, ajak mereka supaya solat disebelah kita. Pada waktu ini, bakat meniru mereka sangat hebat.

Lakukan secara konsisten setiap masa untuk mengajak anak pada awal waktu.
Dengan cara ini kita menanamkan mindset supaya mereka bersedia setiap kali masuk waktu solat.

Jika anak-anak sudah bersekolah, ajak anak solat subuh bersama sebelum keluar bekerja atau menghantar anak ke sekolah.

3. Ajar cara berwuduk langkah demi langkah

Mengajar cara solat yang sempurna hendaklah bermula dengan cara berwuduk. Tampalkan gambar atau poster tentang cara berwuduk di bilik mereka. Ini bagi memudahkan proses mereka untuk mempraktikkan apa yang dilihat.
Jika terdapat sebarang kesalahan yang dilakukan oleh anak tegur secara terus agar mereka tahu apa yang salah.

Perhatikan anak berwuduk setiap kali sebelum solat. Tegur cara berhemah dan jangan sesekali meninggikan suara seandainya si anak mengulangi kesilapan yang sama. Hargai usaha anak yang ingin belajar solat.

 

4. Minta Laungkan Iqamah

Setiap kali solat berjamaah, minta anak untuk melaungkan iqamah.
Mungkin mereka malu atau tidak tahu pada mulanya, tetapi bimbinglah mereka untuk melaungkan iqamah dengan betul. Jangan sesekali marah atau memalukan mereka jika mereka melakukan kesilapan kerana mereka masih lagi dalam proses belajar.

Jika anda ada lebih dari seorang anak lelaki, anda boleh gilirkan tugas untuk melaungkan iqamah. Secara tidak langsung ia dapat membantu si anak meningkatkan keyakinan diri.

5. Dengarkan Bacaan Dalam Solat Dengan Jelas

Kuatkan bacaan dalam solat supaya anak kita boleh dengar.
Dengan cara ini, secara tidak langsung ia akan membuatkan anak ingat surah-surah lazim yang sering kita bacakan. Anak juga akan memahami bagaimana sebenarnya tertib  dalam solat dilakukan.

6. Bina Hubungan yang Intim Selepas Waktu Solat

Selepas selesai waktu solat biasakan untuk bersalaman dan berpelukan dengan anak-anak. Saat ini anak akan rasa lebih rapat secara fizikal dan emosional dengan ibu bapa mereka.

Bagi ibu bapa yang agak sibuk dengan urusan kerja,ini antara waktu yang boleh dimanfaatkan sebaiknya untuk bina hubungan yang akrab dengan anak-anak.

7. Berikan pujian untuk setiap perkara yang positif

Seandainya si anak berjaya untuk menambahbaik cara solat mereka, ibu bapa seharusnya memberikan pujian. Secara tidak langsung si anak akan lebih bersemangat untuk perbaiki cara solat mereka. Oleh itu ibu bapa seharusnya lebih prihatin atau fokus dengan perubahan baik yang anak anda tunjukkan.

8. Tazkirah Santai Selepas Solat

Ambil sedikit masa selepas solat untuk memberi tazkirah kepada anak-anak. Tidak perlu terlalu formal. Cukup dengan gaya bersahaja dan menyentuh perkara-perkara asas seperti rukun solat, soal jawab bacaan surah lazim, kisah nabi-nabi dan isu-isu semasa.

Pada waktu ini, jiwa anak-anak dalam keadaan lebih tenang dan ini merupakan waktu terbaik untuk memberi pengajaran kerana mereka akan lebih mudah untuk menerima.

9. Sentiasa Dekatkan Anak Dengan Azan

Ajar anak-anak untuk menghormati azan. Pastikan sebagai ibu bapa, anda menunjukkan teladan yang sepatutnya agar mudah diikuti oleh anak-anak.

Contohnya seperti tidak bercakap sewaktu azan. Praktikkan perkara ini tidak kira dimana saja anda berada sama ada di rumah, di dalam kereta, mahupun di luar.

10. Bawa Anak Ke Masjid

Biasakan untuk bawa anak anda ke masjid untuk solat berjemaah bersama-sama. Ini bertujuan mendedahkan mereka dengan suasana solat berjemaah dan menanamkan sifat cintakan masjid.

Jika anda sibuk, usahakan untuk mencari masa sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk menghadiri masjid bersama anak-anak.
Mungkin anak-anak akan bermain-main dan bising, tetapi salah satu kaedah mengawal anak adalah mengajak mereka solat disebelah.

Mungkin anda tidak dapat solat di saf hadapan, tetapi ada dapat mengawal tingkahlaku anak-anak agar tidak mengganggu jemaah lain.
InsyaAllah anak juga akan lebih tekun dan tidak mudah terganggu dengan kawan-kawan lain.

11. Tegur Kesilapan Anak

Selepas selesai berdoa, ambil kesempatan ini untuk menegur kesilapan solat anak.
Mulakan dengan pujian.
Setiap kali ingin memperbetulkan sesuatu kesalahan, tarik perhatian anak dengan memuji mereka. Elakkan memarah atau menyindir anak dan sentisa beringat bahawa anak anda masih kecil lagi dan masih dalam proses belajar.

12. Belikan Telekung atau Kopiah yang Cantik

Salah satu cara mengajak anak untuk rajin mendirikan solat adalah dengan membelikan telekung atau kopiah kesukaan mereka. Secara tidak langsung, anak-anak akan lebih bersemangat untuk menunggu waktu solat agar mereka dapat memakai telekung dan kopiah tersebut.

Jika anak-anak sudah dibiasakan untuk solat semenjak kecil lagi sudah pastinya mereka akan terbiasa dengan rutin itu sehingga mereka dewasa. Pastinya usaha anda hari ini berbaloi tatkala melihat si anak tidak pernah meninggalkan solat sewaktu mereka dewasa.
Jadi sebagai ibu bapa tingkatkan usaha anda untuk laksanakan amanah Allah sebaik-baiknya.

Rabu, 30 Januari 2019

DOA UNTUK ANAK-ANAK


Solat hajat, kalau mampu satu solat khas untuk seorang anak, atau satu untuk semua ( contoh kes mak anak ramai terbangun lambat)

Panjangkan sujud. Masa terhampir dengan Allah. Semua masalah mendidik anak, adukanlah kepadaNya.

Sebut nama penuh.

Doakan kemudahan semua para gurunya sepanjang hayat sekali. Ada yang sudah berkeluarga, dipermudahkan urusannya. Ada yg sedang menulis thesis, dilancarkan penulisannya. Ada yang sedang menuntut di luar negara, dikuatkan hatinya. Diberikan hidayah dan ilmu mendidik sebanyaknya. Kita pun belum tahu siapa, Allah Maha Mengetahui. Doakan dari sekarang, sementara hayat ibu ada. Anak masuk universiti belum tentu sempat kita melihatnya.

Bukan ilmu saya, dikutip dari ramai ibu & guru hebat juga, biiznillah. Moga terus istiqamah.

#didikanakakhirzaman

TIPS MENGAJAR ANAK DI RUMAH


Umum tahu, silibus sekarang sangat tinggi. Ibu bapa pun kadangkala pening nak ajar anak di rumah. Nak memberi faham dengan aras fikiran kanak-kanak itu bahagian paling seksa.

Kita faham. Cuma bila kita terangkan anak masih tak faham. Kita dah rasa penerangan kita mudah dan senang, tapi anak masih terkebil-kebil tidak dapat hadam.

Mesti kau pernah rasa kan? Kami para guru lagi lah. Setiap hari hadapi masalah ini. Habis gaya dan cara cuba memberi faham kepada mereka. Namun, ada satu pantang besar semasa ajar anak-anak di rumah.

Jangan tolong jawab untuk dia. Jangan!

Ada ibu bapa ambil jalan mudah ajar anak mereka. Asalkan anak dia siap kerja rumah sahaja. Asalkan anak dia tak kena marah sebab kerja rumah tidak siap.

Maka acapkali juga aku semak buku latihan murid, mak tolong tulis jawapan. Cikgu boleh bezakan la tulisan kalian dengan tulisan kanak-kanak.

Aduh. Jangan sampai macam ni sekali tuan puan. Sampai tolong tulis jawapan ini dah melampau.

Yang nak belajar itu anak, bukan mak atau ayah.

Jika pun anak tidak mampu faham penerangan kita, cara paling akhir (setelah berpeluh-peluh ikhtiar bagi mereka faham tapi tak dapat juga) ialah memberi jawapan TETAPI anak yang tulis jawapan itu sendiri.

Ajar anak guna otak. Bukan asal siap. 😁

Mungkin untuk topik itu, anak kita tidak mampu faham tunjuk ajar kita, tapi biarkan anak itu sendiri menulis jawapan walau pun jawapan itu kita yang beri.

Sekurang-kurangnya, anak kita dapat kemahiran menulis walau tidak faham topik itu.

Kemahiran menulis sangat penting. Lebih banyak mereka menulis, lebih lancar penulisan mereka, makin kurang kesilapan serta makin cermat kerja mereka.

Sama juga kalau soalan Bahasa Melayu atau soalan yang memerlukan huraian. Jika anak memang tak mampu nak jawab, baca jawapan dan suruh anak yang tulis. Bukan kita yang tolong tulis.

Kat sini anak akan dapat kemahiran mendengar dan mengingat.

Boleh juga tulis jawapan kat kertas lain, dan minta anak salin semula dalam buku mereka. Kat sini anak akan dapat tajamkan lagi kemahiran membaca, menulis, mengingat dan menyalin nota.

Kan banyak kemahiran lain yang anak kita dapat walau dia tak faham soalan itu.

Jangan juga ambil mudah soalan yang melibatkan mewarna, gunting gambar dan tampalkan. Jangan tolong gunting, warna dan tampal untuk mereka.

Aku faham, kita risau anak kita luka kena gunting. Risau gam tumpah waktu mereka nak tampal. Nak suruh kerja anak nampak cantik, maka ibu bapa yang tolong warnakan.

Tapi itu kemahiran yang perlu mereka pelajari. Itu salah satu objektif dalam pembelajaran anak-anak. Kemahiran mewarna, menampal dan menggunting juga penting tuan puan.

Lagi satu, elakkan suruh kakak atau abang dia yang sekolah rendah ajar adik mereka walau pun kakak dan abang dia itu murid yang pandai. Melainkan anak-anak kita itu memang pandai membimbing dan mengajar.

Kanak-kanak ni, mereka biasanya tidak pandai membimbing dan memberi tunjuk ajar. Mereka akan ajar adik mereka berdasarkan aras pemikiran mereka.

Bila adik mereka tidak faham, mereka akan cepat rasa bosan. Jalan paling mudah, si kakak atau abang yang akan tolong adik tulis jawapan untuk adik.

Ini tidak bagus. Sudahlah anak tidak faham, tiada kemahiran menulis, membaca dan mengingat pula yang dapat mereka tajamkan.

Kita sebagai ibu bapa biasanya lebih sabar dalam memberi tunjuk ajar. Jika tak faham cara ini, kita cuba ikhtiar cara lain. Cuba rendahkan aras dan cuba guna pelbagai bahan untuk bagi mereka faham.

Sangat berbeza tunjuk ajar dari kakak atau abang mereka berbanding tunjuk ajar dari ibu bapa.

Kita mungkin penat bekerja seharian, namun luangkan masa sekejap untuk pembelajaran anak-anak kita.

Jangan lepas tangan sepenuhnya kepada guru dan pihak sekolah. Di sekolah, guru tak dapat beri perhatian kepada anak kita seorang.

Dan tunjuk ajar secara satu sama satu adalah satu proses pembelajaran yang paling berkesan.

Nak ajar anak, kena banyak bersabar dan jangan cepat rasa putus asa. Dan ingatlah, jangan lagi tulis jawapan untuk mereka.

Sekian tips untuk hari ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada ibu bapa sekalian.

#MFS
- Selalu ajar anak di rumah.

Isnin, 28 Januari 2019

Pemakanan

4 PEMAKANAN YANG BOLEH MENGGANGGU PERKEMBANGAN ANAK.


Pemakanan sangat penting untuk merangsang pembentukan diri anak agar mempunyai tubuh cergas dan otak yang cerdas. Ingat ya! Makanan sihat, berkhasiat dan seimbang memainkan peranan penting untuk memastikan perkembangan fizikal dan otak kanak-kanak.
Namun dengan kesibukan urusan kerjaya dan kekangan masa membuat papa dan mama terlupa untuk lebih prihatin tentang aspek pemakanan harian si kecil. Mari ketahui jenis-jenis makanan yang boleh menggugat usaha anda membentuk anak yang sihat dan pintar.
1. Makanan terlalu banyak gula

Pengambilan gula secara berlebihan boleh memberi kesiahatan kepada tahap kesihatan individu. Tidak kira sama ada kanak-kanak mahupun golongan dewasa.
Antara kesan paling ketara pengambilan makanan sebegini ialah peningkatkan berat badan berlebihan sehingga menyebabkan anak obes. Selain itu, gigi susu anak anda pun mudah untuk rosak dan tercabut sebelum waktunya.
Paling menakutkan ialah ia boleh merosakkan otak. Dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik di negara Barat, hasil kajian mendapati apabila kanak-kanak mengambil makanan yang mempunyai kandungan fruktosa yang tinggi untuk jangka masa panjang, ia boleh memberi kesan kepada kemampuan otaknya belajar dan mengingati sesuatu maklumat.
2. Makanan segera

Sememangnya telah diketahui ramai bahawa makanan segera tergolong dalam makanan yang tidak berkhasiat. Hal ini kerana kebanyakannya tidak mempunyai nilai khasiat pemakanan yang diperlukan oleh tubuh.
Lazimnya makanan segera kaya dengan kandungan bahan pengawet, perisa tiruan, kolestrol, gula dan garam berlebihan. Tentu sahaja ia boleh memudaratkan tubuh si kecil yang kerap mengambilnya.
Ingatlah bahawa kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi untuk menyokong pertumbuhan dirinya. Jika dia tidak mendapat zat secukupnya, kesan negatif boleh dilihat pada perkembangan tubuh dan otaknya juga.
3. Makanan diproses

Makanan diproses pun sama halnya. Makanan seumpama ini mempunyai banyak pengawet kerana ia bahan penting dalam memastikan makanan yang dimuatkan di dalam tin, botol, kotak dan seumpamanya boleh bertahan untuk jangka masa yang lama.
Apabila terlalu kerap dimakan, bahan tambahan di dalam makanan diproses itu akan berkumpul di dalam badan anak anda sehingga boleh meningkatkan risiko kemerosotan fungsi otak.
4. Daging diproses

Sememangnya daging adalah salah satu sumber protein yang penting dan sangat diperlukan oleh badan. Namun, ia perlu datang daripada sumber yang segar dan bukannya daging siap diproses.
Sosej, nuget, daging burger dan lain-lain diproses dengan ditambah dengan bahan-bahan pengawet. Kanak-kanak yang gemar memakannya akan mengumpulkan toksin di dalam badan. Kesan daripada itu, fungsi otak terganggu dan akhirnya mengganggu proses pembelajarannya.
Sumber : karangkraf.com

Ahad, 27 Januari 2019

Didik


Ibu Bapa, Jaga 5 Perkara Ini. Anak Anda Peniru Yang Hebat!


“Wah, pandai betul anak aku buat macam ni. Siapa yang ajar dia ya? Rasanya aku pun tak pernah ajar dia buat macam tu. “
Apabila melihat anak kecil menunjukkan perkembangan dalam suatu perkara, ianya merupakan sesuatu yang menakjubkan, bukan? Lebih-lebih lagi apabila perkara tersebut adalah perkara positif. Pasti membuatkan kita sebagai ibu bapa berasa sangat gembira.
Mungkin kita tidak pernah mengajar mereka secara langsung mengenai sesuatu perkara. Tanpa disedari, secara tidak langsung mereka belajar melalui pemerhatian terhadap ibu bapa dan persekitaran mereka.

ANAK MENIRU MELALUI PEMERHATIAN

Anak kecil mempelajari pelbagai perkara baru setiap hari. Mereka akan menjadi pemerhati dalam setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Setiap yang dilihat dan didengari akan disimpan dalam memori. Kelak apabila sudah tiba masanya, usah terkejut apabila anak berjaya meniru perkara yang dilihat dan didengarinya itu.
Oleh yang demikian, kita perlu mempamerkan perkara yang positif sahaja dan sentiasa berhati-hati dalam setiap perkara yang dilakukan supaya anak tidak meniru sebarang perkara negatif dalam menjalani aktiviti seharian mereka.

IBU BAPA, JAGA 5 PERKARA INI

Berikut merupakan 5 perkara yang perlu sentiasa dijaga oleh ibu bapa agar kita sentiasa menjadi contoh tauladan terbaik buat anak.

1. SOLAT

Solat tiang agama. Solat di awal waktu dan jangan pernah sekali pun kita meninggalkan solat. Usah dimarahi sekiranya anak datang ‘mengganggu’ kita yang sedang solat. Benarkan mereka memerhatikan kita dan bermain di sekeliling kita tatkala kita solat. Ingatlah bahawa anak sedang belajar daripada amalan yang kita lakukan ini.
Suatu hari nanti, pasti anak meniru perbuatan solat tersebut dan akan menunjukkan minat untuk solat. Sekiranya kita sendiri tidak menjaga solat dan sering mengabaikan solat, bagaimana pula dengan anak-anak kita kelak?

2. MEMBACA AL-QURAN

Jadikan membaca Al-Quran sebagai amalan harian kita. Jika kita mampu menghadap media sosial seperti Facebook sepanjang hari, mengapa tidak kita luangkan masa membaca Al-Quran sekurang-kurangnya 5 ke 10 minit sahaja untuk setiap kali bacaan? Lebih baik lagi sekiranya kita dapat membaca Al-Quran dalam tempoh masa yang lebih lama beserta tafsirnya sekali.
Apabila anak melihat kita membaca Al-Quran setiap hari, secara tidak langsung, mereka turut belajar bahawa Al-Quran ini merupakan salah satu amalan harian yang penting. Kelak, kita pasti akan berasa sangat bersyukur apabila anak mengambil sendiri Al-Quran ini untuk dibaca walaupun pada ketika itu mereka masih belum mengenal huruf-huruf hijaiyah tersebut.

3. KATA-KATA

Setiap bait kata ibu bapa pasti didengari anak setiap hari. Anak kecil menambah kosa kata mereka melalui perkataan-perkataan yang didengarinya. Jika baik perkataan ibu bapa, maka baiklah perkataan yang diluahkan oleh anak. Jika sebaliknya, bersedialah kita untuk menghadapi anak yang juga tidak menjaga percakapan seharian mereka.
Intonasi juga memainkan peranan yang penting dalam berkata-kata. Sekiranya anak sering dipuji dan mendengar kata-kata yang lemah lembut daripada ibu bapa, sudah pasti anak ini akan turut mengikut cara sebegini dalam berkomunikasi. Sekiranya anak kerap dimarahi dan dicemuh saban hari serta mendengar perkataan yang kurang elok daripada individu di sekeliling mereka, tidak mustahil mereka akan turut mengeluarkan kata-kata sebegitu suatu hari nanti.

4. AKHLAK

Ibu bapa seharusnya menunjukkan teladan, kelakuan dan akhlak yang baik sepanjang masa. Bayangkan jika anak acap kali melihat kita bercekak pinggang, membaling atau mencampak barang-barang terutamanya ketika dalam keadaan marah, adalah tidak mustahil sekiranya anak meniru kelakuan kita ini kerana mereka mungkin menganggapnya sebagai perkara biasa.
Usah ditanya mengapa anak kita dilabel sebagai budak nakal sekiranya ibu bapa masih belum berjaya mengawal kelakuan diri sendiri. Dengan izin Allah, ibu bapa yang berakhlak mulia akan melahirkan generasi yang turut berakhlak mulia.

5. AKTIVITI SEHARIAN

Selain daripada menyelesaikan tugasan seharian di rumah, lakukan aktiviti yang bermanfaat setiap hari bersama anak. Membaca buku, melukis, mewarna, beriadah, dan bermainlah bersama anak. Melalui aktiviti-aktiviti sebegini, secara tidak langsung, kita dapat menerapkan nilai-nilai positif dalam diri anak sekaligus mereka dapat mengaplikasikan perkara yang dipelajari semasa membuat aktiviti tersebut dalam kehidupan seharian.
Sekiranya kita menonton video atau televisyen, pastikan kita menonton rancangan yang baik sahaja agar anak tidak terjebak menonton rancangan yang tidak berfaedah. Percaya atau tidak, anak akan kerap memukul atau menendang sesuatu kerana sering menonton rancangan televisyen yang menayangkan aksi-aksi sebegitu dalam jalan ceritanya.
Anak sememangnya peniru yang hebat, bukan?

ANAK AMANAH ALLAH, DIDIK SEBAIKNYA

Anak merupakan rezeki yang sangat bernilai daripada Allah. Anak adalah amanah Allah. Maka kita sebagai ibu bapa bertanggungjawab sepenuhnya untuk mencorakkan mereka dengan didikan terbaik agar mereka dapat meneruskan perjuangan menegakkan agama Islam di muka Bumi ini. Jika bukan kita yang mendidik mereka, siapa lagi?

Ajar anak meniru cara kita mengagungkan Allah, percaya kepada Rukun Iman dan beramal dengan Rukun Islam. Terapkan nilai positif dalam diri anak. Bimbing mereka ke jalan yang lurus. Sentiasa berdoa agar mereka menjadi anak soleh dan solehah yang akan mendoakan kita kelak. Semoga mereka menjadi insan berjasa yang akan mengharumkan nama keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara tercinta.

credit : sirap limau


Emosi

CARA MEREDAKAN MARAH PADA ANAK KECIL

“Aduh… Kenapa kamu buat macam ni? Kan mama dah kata jangan! Papa pun dah banyak kali pesan tak mau buat macam tu! Tak faham bahasa ke? Degil betul kamu ni! Siapa yang nak kemas semua ni? Dah, pergi masuk bilik!”
Anda biasa dengar dialog sebegini? Kata-kata jeritan tersebut cukup sinonim dengan masyarakat kita masa kini, bukan? Pantang anak kecil buat salah sedikit, pasti anak tersebut akan dimarahi. Sekiranya setiap hari anak buat silap, setiap hari jugalah anak perlu menghadapi kemarahan ibu bapa yang tidak berkesudahan ini.
Tetapi, tahukah anda bahawa dengan menjerit kepada anak ketika marah boleh mendatangkan kesan negatif terhadap anak?
Foto Kredit : parintitandem.ro
Foto Kredit : parintitandem.ro

KESAN MEMARAHI ANAK KECIL

Sesiapa pun tidak suka dimarahi, baik kita sebagai sebagai orang dewasa mahupun anak. Ini kerana, kemarahan merupakan emosi negatif yang mendatangkan banyak kesan buruk tanpa disedari.
Menurut Dr. Norharlina Bahar, Pakar Perunding Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja di salah sebuah hospital tempatan, jeritan kemarahan ibu bapa sebagai orang yang paling rapat dengan anak akan menakutkan anak kecil itu. Anak kecil yang dimarahi ibu bapa akan berasa keliru dengan reaksi ibu bapa yang kadang kala mesra dan kadang kala marah kepada mereka. Anak tidak dapat menangkap apa yang disampaikan oleh ibu bapa ketika dimarahi sekaligus tidak tahu kesalahan yang dilakukan dan akan menyalahkan diri sendiri kerana menyebabkan ibu atau bapanya marah.
Selain itu, perbuatan menjerit kepada anak kecil ketika marah akan mengganggu perkembangan emosi anak, membuatkan mereka kurang keyakinan diri, berasa rendah diri, ragu-ragu dengan kebolehan diri dan tidak berasa selamat untuk meneroka keadaan sekeliling. Dikhuatiri juga, anak akan turut menjerit kepada adik-beradik lain atau kawan-kawan mereka sekiranya berasa marah kerana dibesarkan dalam suasana jeritan ibu bapa yang kerap kali memarahi mereka.
Justeru, kita sebagai ibu bapa seharusnya berfikir terlebih dahulu sebelum mula menjerit memarahi anak kecil atas apa-apa sebab sekali pun.
Foto Kredit : dawnnews.tv
Foto Kredit : dawnnews.tv

SEBELUM MARAH ANAK KECIL, INGAT 5 PERKARA INI

Perasaan marah adalah normal bagi manusia biasa seperti kita semua. Namun, sudah tiba masanya untuk ibu bapa berfikiran lebih rasional sebelum bertindak menjerit kepada anak ketika dalam keadaan marah.
Mari amati dan sematkan 5 perkara ini di hati agar sentiasa kita ingati sebelum memarahi anak. Semoga bermanfaat!

1. ANAK AMANAH ALLAH

Bagi pasangan yang telah berkahwin, berita kehamilan dan kelahiran anak adalah sesuatu yang cukup menggembirakan serta tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bersyukurlah bagi kita yang dikurniakan zuriat di kala ramai lagi ibu bapa yang masih lagi menantikan kehadiran si comel dalam kehidupan mereka.
Anak adalah kurniaan Allah yang sangat bernilai dan hendaklah dijaga serta dididik dengan sebaik-baiknya, bukan diherdik ketika kemarahan membara.
anak
Foto Kredit : mutluevim.org

2. KITA TIDAK SEMPURNA

Kita semua adalah individu yang tidak sempurna dan tidak akan pernah lari daripada membuat kesilapan. Begitu juga dengan anak kita. Anak kecil perlu lebih banyak belajar dalam kehidupan seharian mereka dan dalam proses pembelajaran ini, sudah tentu mereka akan melakukan kesilapan demi kesilapan. Usah dimarahi anak kecil ini kerana mereka sebenarnya sedang belajar daripada kesilapan. Belajar tentang apa yang baik dan apa yang tidak baik, serta tentang perkara yang salah dan juga yang betul. Maafkanlah mereka atas ketidaksempurnaan dan kesilapan mereka itu.
Walaupun ibu bapa dan anak tidak akan mencapai kesempurnaan dalam hidup ini, teruskan berusaha untuk memperbaiki diri kita dan anak bagi menjalani kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.
Foto Kredit : filori.net
Foto Kredit : filori.net

3. KASIHANI MEREKA

Bayangkan jika kita berada di tempat anak, sering kali ditengking ibu bapa, acap kali dimarahi dengan jeritan, apa perasaan kita? Sudah pasti emosi kita akan terganggu. Kita akan dibelenggu perasaan sedih dan berasa tidak lagi disayangi oleh ibu bapa. Begitulah juga perasaan anak ketika menghadapi jeritan kita yang sedang marah.
Kasihanilah anak kecil itu. Mereka sangat memerlukan bimbingan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada kita dalam mengenal erti kehidupan ini, bukan dimarahi selalu.
Foto Kredit : tesetturgiyim.com
Foto Kredit : tesetturgiyim.com

4. INGAT KEGEMBIRAAN ANAK

Masih ingatkah lagi kita gelak tawa anak tatkala jiwanya dilimpahi perasaan gembira? Ianya cukup membuatkan kita bahagia dan terhibur. Maka, wajarkah disebabkan kesilapan kecil yang dilakukan oleh anak, kita lantas memarahi mereka sehingga terlupa akan kelebihan mereka, perkara baik dan perkara lebih besar yang pernah membuatkan mereka gembira sebelum ini?
Sentiasa ingat akan senyuman dan kegembiraan anak. Usah padam kegembiraan mereka dengan kesedihan akibat dijerit dan dimarahi ibu bapa sendiri. Jangan biarkan kehidupan mereka diselubungi kedukaan dek kerap kali dimarahi oleh kita.
happy
Foto Kredit : wallpaperscraft.com

5. KITA SALING MEMERLUKAN

Ibu bapa adalah tempat untuk anak kecil bergantung. Mereka masih belum mampu melakukan pelbagai perkara dan amat memerlukan bantuan kita di kala mereka masih kecil ini.
Percaya atau tidak, sebenarnya kita sebagai ibu bapa lebih memerlukan mereka. Mengapa? Kerana mungkin jauh di sudut hati kita sebagai ibu bapa, kita mengharapkan doa daripada anak buat kita tidak kira sama ada ketika kita masih hidup atau apabila kita sudah tiada lagi di dunia ini. Seandainya kita sering memarahi anak sehingga membuatkan anak berasa jauh hati, mungkinkah ada doa itu buat kita? Renung-renungkan.
Di sini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa dan anak saling memerlukan. Semoga layanan terbaik yang kita berikan buat anak pada hari ini akan dapat membantu kita kelak dengan doa anak yang soleh dan solehah ini.
kids-praying
Foto Kredit : medina-center.ru

6. BELAJAR KAWAL EMOSI MARAH

Sentiasa ingat bahawa anak adalah rezeki dan anak juga adalah ujian daripada Allah. Allah kurniakan anak kepada kita untuk kita belajar pelbagai perkara termasuk belajar cara untuk mengawal emosi kita.
Mungkin bukan perkara yang mudah untuk kita menghentikan tabiat menjerit kepada anak ketika marah. Walau bagaimanapun, kita sebagai ibu bapa seharusnya belajar mengawal kemarahan dengan cara yang lebih positif dan sentiasa bersabar dalam melayani anak. Antara tips mengawal kemarahan daripada Dr. Norharlina Bahar, beliau mencadangkan agar ibu bapa menarik nafas panjang apabila berasa marah, meninggalkan seketika tempat yang menjadi punca kemarahan kita itu, kemudian kira satu hingga sepuluh atau beristighfar. Apabila telah berasa tenang, barulah kita kembali kepada anak.
Dengan cara ini, In Shaa Allah ibu bapa bukan sahaja dapat memadamkan api kemarahan tadi, malah dapat mengelakkan diri daripada menjerit kepada anak, sekaligus dapat menasihati anak dengan cara yang lebih berhemah. Semoga dengan kawalan emosi yang baik ini, perihal anak tidak lagi menjadi pencetus kemarahan, malah memberi sinar bahagia buat ibu bapa.