PEMERGIANMU - INTEAM
Ibu cukup sayu kalau dengar lagu ni. Kalau betul-betul menghayatinya, memang meleleh air mata. Time jiwa koyak, dengar pula lagu ni. Allah... Andai dapat ku berjumpa dengan mu Duhai Kekasih Allah. ðŸ˜
PEMERGIANMU - INTEAM
Album : Tiada Lagi Kasih
Senilagu : Frizdan
Senikata : Frizdan
Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Fizarahman Zainal
Susunan Muzik : Firdaus Mahmud
(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusiaaaaakan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan