Jumaat, 14 Disember 2018

IMBAS KEMBALI BAHAGIAN 2



Imbas kembali.
Bahagian 2

25minggu usia awak sewaktu dalam kandungan ibu, ibu menerima perkhabaran yang ibu bakal melahirkan anak istimewa.

Apert Sindrom.

Seumur hidup, itulah saat pertama ibu mendengarnya. Ibu bingung. Harus bagaimana ibu melayani kamu nanti sayang. Bagaimana penerimaan orang sekeliling. Ibu berusaha sehabis mungkin menyingkirkan perasaan negatif.

Yer! Ibu pasti anak ibu bakal mendapat layanan istimewa. Ibu pasti semua orang akan sayangkan anak ibu.

Bila ayah sampai hospital untuk ambil ibu masa tu, ibu diam. Ibu tahu ayah letih. Jadi ibu pendam sendiri. Air mata mengalir, ibu cuba lap tanpa ayah sedari.

Orang pertama yang ibu khabarkan berita ni, pada mak long awak. Ibu tanya dia apa yang perlu ibu lakukan. Dia cuma cakap, bersyukurlah syh. Ada hikmah disebalik semua ini. Takde apa yang boleh dilakukan jika ini memang ditakdirkan buatmu. Berdoalah. Moga segalanya dipermudahkan.

Lepas tu, ibu cuba cakap dengan ayah awak. Masa tu dia baru jer nak tidur.

"Awak...... kita bakal lahirkan anak istimewa....."

Seminggu ibu dan ayah tak bertegur sapa. 😂 Mungkin ayah pun terkejut dengar perkhabaran tu. Ibu biarkan ayah dengan dunia dia. Sebab ibu geram. Dia sepatutnya menenangkan ibu. Bukan biarkan ibu sendiri.

Seminggu selepas tu, ibu dengar ayah call mak tok. Dia khabarkan berita ni. Macam-macam persoalan yang mak tok tanya. Serius. Ibu stress. Ibu sedih. Sepatutnya mereka patut menjaga perasaan ibu. Bukan tanya yang bukan-bukan. 😭

Bila call nenek awak dikampung, nenek cakap kalau ibu tak nak jaga awak, berikan awak pada mak ngah. 😭 Sampai hati nenek cakap macam tu. Mestilah ibu nak jaga awak. Awak segala-galanya bagi ibu. Biar macam mana pun keadaan awak nanti, ibu akan jaga sehabis baik hingga ke hujung nyawa ibu.

Ibu tahu, mak tok dan nenek tak bermaksud pun macam tu. Masing-masing terkejut dengan berita ni. Ibu cuba positif lagi. Ibu cuba memahami keadaan. Ibu cari kekuatan sendiri. Ibu asingkan diri dari semua orang. Ibu benci ditanya kenapa bagaimana mengapa anak ibu bakal dilahirkan sebegini.

Sampai satu saat, ibu jadi tak suka nak balik kampung. Ibu jadi tak suka nak jumpa keluarga sebelah ayah. Fikiran bercelaru. Ibu rindukan nenek awak. Ibu rindukan mak tok awak. Tapi kat fikiran ni terngiyang-ngiyang apa yang mereka katakan sebelum ni. 😭

Perasaan ibu mengandung memang pelik sayang. Sedangkan mereka cuma memberi pendapat, bertanya sebab mereka tak tahu. Ibu jer yang berlebih-lebih memikirkannya. Terlalu sensitif. Yang pasti saat itu ibu kecewa.

Bersambung......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan