Halaman

Khamis, 24 Januari 2019

Tips Isteri Solehah

"SEPARUH AGAMA suami akan sempurna bila dapat peristerikan isteri yang SOLEHAH."


Tips menjadi ISTERI SOLEHAH. Jom ikuti perkongsian Puan Faridah Kamaruddin. Sama-sama kita amalkan. Moga bermanfaat buat semua. 

Hati suami tu Allah yang pegang. Nak suami tu bertanggungjawab, ingat anak isteri tu kat rumah,

Isteri tu kena selalu tenang. Hubungan dengan Allah jaga baik-baik. Selawat dengan istighfar jadi kan habit.

Jaga solat yang wajib. Tapau semua puasa sunat, tapau solat-solat sunat.

Antaranya jaga baik-baik solat tahajjud, solat fajar, solat dhuha, solat witir.

Imej medicalzone.com

Jaga aurat. Jaga harga diri, jaga maruah diri.

KETAATAN, TAQWA isteri kepada Allah ada kaitannya dengan KESELAMATAN AGAMA suami dan anak-anak.

Nak BANTU jaga agama mereka, BAIK PULIH, keakraban hubungan kita dengan Allah. Insyaa'Allah.

SEPARUH AGAMA suami akan sempurna bila dapat peristerikan isteri yang SOLEHAH.


Cubalah bergerak untuk termasuk dalam kalangan isteri solehah itu.

Dunia hari ini makin menyesakkan. Yang lelaki dan perempuan sama naik. Curang mudah berlaku. Zina dah jadi perkara biasa.

Nak jaga rumahtangga, jaga hubungan dengan Allah dulu.

Insyaa'Allah suami kita yang keluar bekerja, anak-anak kita yang jauh belajar kat luar sana, Allah PELIHARA mereka dari FITNAH.

Kita ada Allah je untuk jaga keselamatan agama mereka saat mereka berada diluar rumah.

Jaga hubungan dengan Allah. Allah jaga urusan hidup kita. Yakin kat situ.

Doa isteri yang sentiasa nak baiki diri, nak dekat padaNya mudah Allah nak makbul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan