Halaman

Khamis, 24 Januari 2019

Kesihatan

TIPS UNTUK BUAT URINE SAMPLE



Siapa pernah kena kencing tak lawas. Ibu pernah kena sekali masa mengandungkan Firha. Dia punya tak selesa, Allah sahajalah yang tahu. Kejap-kejap nak ke tandas. Kalau boleh nak duk jer dalam tandas.

Kebetulah masa tu tengah ikut mertua pergi rumah kawan dia. Masa tu rasa nak ngamuk pun ada sebab tak selesakan. Allah. Ngeri rasa bila teringat. Sekarang, ibu akan pasti minum air secukupnya untuk elakkan perkara yang sama berulang lagi.

Nak tahu apa tu kencing tak lawas? Kenapa kena ambil urine sample dan tips nak buat ujian urine ni? Jom baca perkongsian Doc Khairul Faizie.

Seorang wanita berusia 49 tahun, datang mengadu simptom kencing tak lawas sejak dua hari yang lalu. Selain itu, wanita ini juga merasa pedih masa kencing, di sertakan dengan rasa sakit pada kawasan pinggang dan ari ari nya.

Seperti biasa, simptom simptom itu menjurus kepada simptom jangkitan kuman pada saluran kencing / kencing kotor ( Urinary Tract Infection).

Dan seperti biasa, air kencing nya perlu di test.
Setelah wanita ini kencing, dia bagi sample botol urine nya pada staff klinik. Staff klinik tanya aku :  " nak test apa ya doktor?"

Aku cakap: " UPT "

Berubah air muka pesakit tu bila dia dengar perkataan UPT.
Muka terperanjat.

🤣🤣

Maaf ye kak...
Doktor pun boleh tersyasyul....
Kita sebenarnya nak sebut test Urine FEME...atau kita panggil ringkas urine strip.
Ini adalah satu ujian urine saringan yang ringkas..ada banyak benda yang boleh di lihat melalui perubahan warna pada 'urine strip ' itu...contohnya nitrite, protein, glucose, pH, leucocytes, darah etc..
Strip itu akan di celup dalam botol urine anda....



Secara ringkas:

Protein sepatutnya NEGATIf ( tiada) dalam urine orang normal.
Boleh jadi POSITIF ( ada) dalam beberapa situasi:
-Penyakit buah pinggang, nephrotic syndrome, dehydration, makan makanan high protein dalam kuantiti yang banyak( False Positive)

Nitrate sepatutnya NEGATIF dlm org normal.
Boleh jadi POSITIF dalam jangkitan kuman pada saluran kencing. Air kencing yang terdedah lama pada suhu bilik ( > dua jam) pun boleh bagi result positif nitrate.( False Positive)

Glucose sepatutnya NEGATIF dalam org normal.
Boleh POSITIF buat pesakit diabetes. Pengambilan Vit C pun kadangkala boleh menyebabkan kehadiran glukos dalam urine.( False Positive)

Leucocyte sepatutnya NEGATIF.
Boleh POSITIF dalam kes urine infection. Batu karang pun boleh menyebabkan Leucocytes anda positif.

Kadangkala, ujian ulangan perlu di buat dalam selang masa beberapa hari, sebab urine strip test ni ada masanya bagi bacaan False Positive tu. Dan kadang kala, urine sample perlu dihantar ke makmal utk ujian yang lebih tepat dan terperinci.

Tips masa nak bagi urine sample:

1) Basuh dan bersihkan tangan, lap kering2.
2) Private part pun basuh bersih2 dulu, lap kering2 sebelum kencing.

3) Jangan terus tadah air kencing yang pertama keluar, sebab air kencing ni mungkin tercemar dengan bakteria yg melekat pada kulit kemaluan...buang dulu air kencing ni, dan kemudian kencing ( tadah) dalam bekas urine utk aliran urine seterusnya.

4) Jangan campur air paip dalam sample urine anda. BANYAK kali jadi ya aku dah tengok...terutama nya mat mat bangla bila di suruh hantar sample urine utk pemeriksaan FOMEMA...alasannya " saiya yituu kincin tada banyak"

5) Inform doc kalau korang ada makan ubat / makanan yg boleh ubah warna urine, contohnya:

- Ubat Rifampin, Ubat Phenytoin, Vitamin B, buah naga, blackberries.

6) Untuk wanita, inform kalau anda hampir dtg haid / sedang haid. Nanti urine boleh jadi false positif ada darah.

Selingan:

Patient aku tu sah ada urine infection. Dan diberi rawatan antibiotic.

Aku pernah jumpa tahun lepas, wanita umur 47 tahun yang dah hampir 10 tahun ke, 12 tahun cuba mengandung tapi gagal...tapi bila aku test urine nya ( masa dia ngadu lewat haid), ternyata dia MENGANDUNG.

-Doc Khairul Faizie-

1 ulasan: