Halaman

Jumaat, 18 Januari 2019

TIPS UNTUK ANAK DEMAM SELSEMA

10 CARA HILANGKAN SELSEMA BAYI BAWAH 2 TAHUN TANPA UBAT



Sewaktu Firha kecil, boleh dikatakan kerap juga la selsema batuk ni. Pelbagai cara ibu dah lakukan. Tapi jenis anak Apert ni memang senang selsema dan ambil masa nak sembuh. Antara cara yang ibu buat adalah seperti berikut. 

1. Garlic Steaming


Dalam bahasa kita biasanya wapkan muka bayi bawah 2 tahun. Cara ini dapat bantu longgarkan kahak dalam paru-paru. Cara ini juga akan mencairkan hingus yang tersumbat di hidung. Halakan muka bayi ke permukaan wap. 

Kahak dan hingus yang cair akan keluar dengan banyak melalui hidung bayi. Letakkan sekali bawang putih yang diketuk ke dalam air panas sebelum proses steaming di mulakan. 

Bawang putih yang mempunyai antibiotik semulajadi akan membunuh bakteria penyebab batuk dan selsema. Lakukan selama 15 minit kemudian sedut cairan hingus dan kahak.


2. Semburan Hidung (Sterimar Nasal Spray)


Jika kita bawa bayi bawah 2 tahun yang selsema ke hospital pasti ini ‘ubat’ yang doktor beri. Ini bukanlah ubat tapi semburan yang berasaskan air laut semulajadi yang telah diproses dan selamat untuk bayi bawah 2 tahun.
Caranya:-
  • Tekan beberapa kali sehingga semburan halus keluar.
  • Boleh dudukkan kanak-kanak atau baringkan bayi anda ke sisi untuk beri kepada mengiri ke sisi.
  • Masukkan muncung spray ke dalam hidung dan tekan dengan lembut. Sekali atau 2 sudah mencukupi.
  • Sembur ke dalam sebelah hidung lagi.
  • Guna penyedut hingus untuk mengedut hingus yang cair. Jangan gunakan mulut.
  • Basuh muncungnya hinga bersih. Gunakan kembali mengikut nasihat doktor.

3. Cuci Hidung (nasal irrigation)


Cuci hidung yang tersumbat dengan air garam yang boleh dibeli di farmasi. Pastikan ia khusus untuk nasal irrigation. Kalau nak gunakan syringe pun boleh. Baringkan bayi bawah 2 tahun yang selsema ke sisi. Alirkan air melalui sebelah hidung. Hingus akan keluar mengikut hidung yang sebelah lagi. 

4. Nasal drop

Di farmasi juga ada nasal drop yang boleh di titikkan ke dalam hidung bayi bawah 2 tahun. Ia akan melembutkan hingus dan boleh sedut guna NasalAspirator by Mommy Hana. Yang ni takde jual kat farmasi yer. Hanya pada agen yang terpilih sahaja. untuk keterangan lanjut, boleh klik disini yer. >>> Penyedut Hingus Automatik by Mommy Hana
.



5. Kerapkan penyusuan atau minum air yang banyak.

Susukan bayi selsema dengan lebih kerap kerana khasiat susu ibu terbukti dapat pulihkan selsema bayi bawah 2tahun dengan cepat. Bagi anak yang sudah besar, beri anak air masak secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.

6. Tidur dengan meninggikan bahagian kepala.




Bayi selsema mengalami sukar tidur. Tinggikan kepala bayi selsema semasa tidur untuk bantu bayi bawah 2 tahun yang selsema bernafas dengan lebih lancar dan selesa.

7. Bawang Merah

Kupas bawang merah besar. Hiris dan tumbuk sehingga mengeluarkan jus. Letak di dalam piring dan tinggalkan berdekatan tempat tidur bayi bawah 2 tahun.

8. Minyak Bawang Putih

Petua bawang putih tidak dapat dipisahkan dengan budaya kita. Sapukan minyak bawang putih di tapak kaki, dada, belakang badan dan pelepah hidung bayi selsema. Pada waktu malam, sarungkan stokin pada bayi bawah 2 tahun yang selsema selepas sapuan minyak bawang putih.

Cara buat minyak bawang putih dengan mudah
  • Bakar bawang putih tanpa minyak di atas api dapur sehingga melepuh. 
  • Ketuk manja bawang putih sehingga terbelah sedikit. 
  • Campurkan bawang putih tersebut dengan minyak zaitun atau minyak kelapa dara.
  • Lenyek dan gaulkan bawang putih bersama minyak tersebut.
  • Sapu di dada, belakang dan tapak kaki bayi selsema.

9. Air Kunyit

Kunyit ialah antibiotik semulajadi yang membantu sistem imun melawan selsema. Gosokkan kunyit hidup di permukaan kasar untuk dapatkan airnya. Sapu air kunyit ke batang hidung bayi bawah 2 tahun. 

Cara ini boleh melegakan hidung bayi yang tersumbat dan melegakan pernafasan. Anda boleh juga menumbuk kunyit hidup dan sapukan ke dada dan belakang bayi.

10. Sapu balm CF Rub Tasneem.


Cara paling mudah, sapu jer balm Tasneem ni. Balm Tasneem dibuat daripada bahan semula jadi. Baca DISINI. Balm ini sesuai untuk newborn sehingga dewasa. Memiliki kelulusan KKM. Bebas dari bahan kimia terlarang. Balm ini sangat membantu dalam masalah selsema seperti :

1. Bantu mengeringkan selesema
2. Bantu mencairkan kahak
3. Bantu melegakan athma
4. Bantu mengawal suhu ketika demam

Cara penggunaan : sapu di hidung, leher, tulang belakang, tapak kaki dan dada.
Sekian tips atau cara yang boleh korang buat bila anak selsema. INGAT YER! Bayi bawah umur 2 tahun tidak digalakkan makan ubat. Jika kita boleh bantu seawal dari rumah, itu lebih baik kan? Selamat mencuba! Moga anakanda kalian cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan yang lebih baik selepas ini. In Shaa Allah.


SITI NOR AISYAH
AGEN TASNEEM NILAI
No. ID : 002962
Klik DISINI untuk order

Tiada ulasan:

Catat Ulasan