Halaman

Khamis, 17 Januari 2019

R&Y HOMESTAY

CUTI-CUTI DI TEPI PANTAI


Selamat pagi!

Beberapa hari lalu ibu dan 5F pulang ke kampung halaman tercinta di Melaka. Tujuan utama semestinya ingin melepaskan rindu kat mak ayah sekali dengan meraikan ulangtahun kelahiran ayah a.k.a atok 5F juga sepupu 5F, Wafiyyah.

Dah alang-alang balik kampung tu, kami tak lepaskan peluang mandi laut. Fuhhhhh.. Sekali dah menyelam, punya lah payah nak naik. Punyalah syok mandi laut. hahahaha




Pantai dengan rumah mak ayah takde la jauh mana pun. Hanya perlu lintas jalan jer.

Selalunya bila balik kampung, jarang la ibu bawa 5F ke pantai. Sebabnya masa tu Firha masih kecil lagi. Laaa ni, dialah yang paling teruja bila dapat mandi laut.

Tenang jer air laut waktu pagi. syokkk tau. 




Korang kalau nak bercuti kat Melaka, nak menikmati suasana pantai pagi petang siang semalaman, boleh contact ibu tau. Ayah ibu ada homestay (2bilik, 4bilik air, satu dapur yang luas lengkap seperti dapur rumah korang ðŸ˜† ada peti ais, mesin basuh ehh.. semua laa. Ada ruang tamu yang cukup luas), dan ada 6 chalet.

Yang nak mandi laut sahaja disediakan tandas untuk bersihkan diri selepas mandi laut.

Bangun pagi, buka pintu jer nampak laut.


Berminat nak menginap sehari dua? Jom sembang tepi. Oh yer. Hanya untuk yang berkeluarga sahaja dan muslim.

Dan satu lagi...

Yang duk chalet, kalau nak masak sendiri pun boleh. Kami ada sediakan dapur untuk memasak.
Ni link whatsapp ibu. nak tahu lebih lanjut, whatsapp jer k.

BATU 22 1/2 KAMPUNG SUNGAI TUANG,
78300 MASJID TANAH, MELAKA.

Entri seterusnya nanti, ibu akan masukkan gambar homestay dan chalet. tunggggguuuuu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan