Halaman

Khamis, 31 Januari 2019

PERKATAAN PERTAMA ANAK



Semua perkataan penting, tetapi kalau tanya saya perkataan apa yang paling penting untuk anak belajar dahulu, sudah tentu perkataan:

1. Panggilan Mak Ayah. 👪
2. Meminta atau menyampaikan maklumat, seperti "nak" atau "tak nak" sambil menunjuk ke arah yang dikehendaki ataupun "ya" atau "tak" sambil mengangguk atau menggelengkan kepala. ☝️
3. Keperluan asasi seperti air, susu atau nasi/makan. 🍼
4. Rutin wajib harian seperti mandi, makan, tidur, main, minum susu, buang air kecil dan buang air besar. 😴
5. Panggilan ahli keluarga. ❤
6. Anggota badan. 🕺
7. Nama makanan dan minuman. 🍱🍝
8. Benda sekeliling seperti cawan, pinggan, bantal, baju, seluar, berus gigi dan sebagainya. 👖👕

Kalau 8 senarai di atas belum dapat dicapai, usahakan di atas ini dahulu barulah usahakan perkataan "ilmiah" yang lain seperti warna, bentuk, abc, 123, buah-buahan ataupun binatang.  😊

Untuk anak bawah 2 tahun jangan lupa rule 7 saat setiap suku kata ya ☡

Sebenarnya kalau kita selalu cerita apa yang kita sedang lakukan, pergi ke mana, siapa itu ini, makanan apa yang anak sedang makan dan beritahu apa benda sekeliling anak, sangat mudah untuk anak belajar mengenali dan memahami arahan.

Letakkan niat untuk anak belajar bercakap untuk memudahkan anak menyampaikan info bukannya untuk membandingkan siapa paling cepat pandai bercakap atau belajar. Setiap perkembangan anak berbeza, di atas ini adalah daripada pengalaman sebagai ibu dan pediatric occupational therapist. 👯

Semoga bermanfaat, terima kasih.

Maryam Jamadi 
Occupational Therapist
Beyond Home Therapy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan