Halaman

Ahad, 20 Januari 2019

T RUB Tasneem Naturel


IKTHIAR MASALAH SEMBELIT DENGAN TRUB

Sembelit ni memang masalah biasa dalam  kalangan kanak-kanak. Banyak faktor yang menyebabkan sembelit terutamanya berkaitan dengan pemakanan. Bagi anak yang minum susu formula, masalah sembelit sering menghantui seawal usia bayi. Dan kebanyakan anak kecil terdedah pada sembelit apabila mula mengambil makanan pejal.

Sembelit bukan penyakit kritikal, tapi bila dibiarkan berlarutan boleh membawa pelbagai masalah lain. Perkara penting yang perlu diberi perhatian untuk mengatasi sembelit ialah dari segi pemakanan.
Sembelit berlaku apabila makanan anak tidak mengandungi serat yang mencukupi semasa proses penghadaman. Kekurangan pengambilan cecair juga menyebabkan najis kering dan mengeras. Keadaan ini menyumbang kepada masalah sembelit yang serius apabila dibiarkan berlarutan.
Dari pengalaman anak-anak mengalami sembelit terutamanya Firha, ibu akan elakkan daripada memberi Firha BRAT yang berlebihan. apa itu BRAT? 

Selain itu, cara lain yang ibu lakukan untuk mengelakkan 5F daripada sembelit adalah dengan menyapu balm T Rub Tasneem Naturel. T-RUB TASNEEM NATUREL dapat membantu membuang angin dalam perut, melegakan perut sebu, membantu masalah penghadaman dan bertindak seperti minyak telon.

Balm T-Rub ni nama asalnya tummy time balm tapi sudah bertukar pada T-Rub balm kerana tuntutan kelulusan KKM yang tak boleh guna nama anggota badan atau nama penyakit. Untuk memudahkan, maka nama T-Rub telah dipilih.

Siapa yang boleh guna Balm T Rub ni?
- Ibu mengandung yang loya, sembelit & pedih ulu hati.
- Ibu yang bersalin & dalam pantang 
- Wanita yang ada masalah PMS/senggugut
- Anak yang sembelit, kembung perut, cirit birit dan sakit perut



Bahan utama dalam balm T Rub ni banyak terdapat dalam bahan asas masakan melayu kita seperti serai, bunga lawang, halia. Di bawah ibu senaraikan setiap bahan dan manfaat yang terdapat dalam balm T Rub

1. Serai

Membantu tingkatkan sistem penghadaman, pembuangan air kecil dan mencegah pembentukan gas berlebihan dalam usus. Ia juga mengurangkan masalah usus.

2. Halia

Meransang pengeluaran jus gastrik dan air liur yang membantu penghadaman.
Membantu masalah kembung dan buang toksin dari badan. 
Melegakan ketidakselesaan perut.

3. Bunga Lawang 

Boleh mempercepatkan proses pencernaan, mengurangkan kembung dan mengurangkan kekejangan perut otot. Ha, kawan-kawan yang rasa perut kembung atau sembelit bolehla lebihkan semasa memasak. Selain itu, bunga lawang turut bersifat antiseptik.



4. Wild mint

Mempunyai kandungan menthol yang rendah.
Membantu masalah gastrik. 
Ia juga merawat kembung, masalah pencernaan, pundi hempedu dan batuk.

5. Fennel

Antipasmodic yang berkesan.
Bersifat antiseptik juga membantu masalah kemurungan.

6. Patchouli

Mengurangkan keradangan serta mempunyai sifat antiseptik
Ia juga membantu mengurangkan masalah kemurungan


7.Tangerine

Memberi aroma sitrus yang menyegarkan
Mengurangkan rasa loya. Juga membantu mereka yang mempunyai masalah insomnia

8. Juniper

Bersifat antibakteria. Mencegah jangkitan bakteria pada saluran pundi kencing.
Membantu merangsang pencernaan.

Ok kita dah tahu kandungan dalam Balm T Rub ni, Jom kita baca bagaimana cara nak gunakan Balm T Rub ni pula yer.

1. Guna balm Trub by tasneem naturel balm.
2. Buat urutan I U ( tarik dari kiri ke kanan da ke bawah )

3. Sapukan balm bayi kat perut, pelipat peha, betis dan tapak kaki.
4. Last sekali buat senaman kayuhan basikal.


Ibu selalu buat teknik ni setiap kali selepas mandikan Firha. Buat setiap pagi, petang atau malam untuk mengatasi baby sembelit atau kembung In Shaa Allah mesti baby akan mudah membuang. Angin pun dah tak berkumpul kat perut lagi.

Jika anda berminat untuk menggunakan balm T Rub sebagai ikhtiar mengelakkan masalah penghadaman anak anda, boleh la hubungi ibu DISINI. Entri seterusnya nanti, ibu akan kongsikan feedback daripada ibu-ibu yang telah menggunakan T Rub untuk si Manja mereka. 

Sehingga berjumpa lagi. Assalamu'alaikum.

Rujukan : sakinahamid.com
                 rahsiasihat.com








Tiada ulasan:

Catat Ulasan