Halaman

Khamis, 31 Januari 2019

INFO HYPERACTIVE


APA SEBAB ANAK HYPERACTIVE?

Isnin lepas kami ada share mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh anda cuba dirumah untuk menangani anak yang hyperactive. Kalau belum baca, selepas baca post ini, silakan scroll ke bawah ye.

Hyperactive ni banyak sebab. Boleh jadi disebabkan genetic, pemakanan, personaliti anak itu sendiri, keadaan persekitaran yang serabut (cth: bilik/rumah bersepah) atau masalah sensori.

Kebanyakan anak yang sangat hyperactive disebabkan kombinasi kesemua sebab di atas, terutama sekali masalah sensori/deria.

Dalam tubuh badan kita, ada 20 lebih jenis sensori. Bila ada masalah sensori, mana- mana sensori boleh menjadi terlalu sensitif (HYPERsensitive) atau kurang sensitif (HYPOsensitive). Keadaan yang tak seimbang ini menyebabkan kesukaran untuk  memproses maklumat yang diterima dari deria-derianya.

Deria pendengaran yang hypersensitive menyebabkan anak tutup telinga bila mendengar bunyi seperti vakum atau blender. Deria sentuhan yang hypersensitive menyebabkan anak tak suka pakai baju.

Deria yang hyposensitive pula, memerlukan ransangan lebih. Contohnya anak yang picky eater, hanya mahu makan yang keras-keras sahaja, mungkin disebabkan deria rasa dalam mulutnya tidak teransang dengan makanan yang lembik atau kurang berasa. Bagi anak-anak ini, makanan yang pedas, extra masam, extra manis atau keras baru ada rasa!

Anak-anak yang hyperactive biasanya hyposensitive pada sensori imbangan badan, sentuhan dan pergerakan. Jadi mereka perlu sentiasa bergerak untuk mendapat ransangan yang mencukupi.

Sebagai contoh, bayangkan kita tertidur di  meja dengan kepala atas lengan kanan. Bila bangun, lengan kanan kebas dan tak berasa. Dalam keadaan mamai dan kebas, kita seolah tak tahu di mana posisi lengan kanan kita. Bila kita gerakkan dan picit-picit lengan kanan, baru la rasa normal balik.

Itulah keadaan anak kita yang deria imbangan, sentuhan dan pergerakannya hyposensitive. Bila dia sentiasa bergerak, barulah dia mendapat ransangan yang cukup. Kalau duduk diam, dia akan mula rasa tak seimbang dan tak selesa.

Bila sudah faham kenapa mereka hyperactive, maka akan lebih mudah untuk kita cuba bantu mereka. Paling utama untuk anak-anak hyperactive ialah ransangan pada deria sentuhan dan pergerakan.

Jadi, sekarang boleh scroll bawah ke post Isnin lalu mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh membantu anak-anak hyperactive dan cuba.

Jika info di atas bermanfaat, silakan share pada teman-teman yang tak tahu lagi. Selamat mencuba!

Never lose hope!

#ADHD #ADD #ASD #autism #hyperactive #sensoryprocessingdisorder #SPD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan