Halaman

Khamis, 13 Disember 2018

IMBAS KEMBALI BAHAGIAN 1




Imbas kembali....

"Puan, suami puan mana? Minta dia masuk jumpa saya boleh?'

"Suami saya pulang sebentar doktor. Ambil anak balik sekolah."

"Ermm.. kalau macam tu, kita tunggu suami puan sampai baru saya terangkan yer."

"Kenapa dengan anak saya?"

"Kita tunggu suami puan sampai dulu."

"Tak. Saya nak tahu kenapa dengan anak saya. Nak tunggu suami saya sampai lambat lagi ni. Perjalanan memakan masa satu jam setengah. Saya tak sanggup nak tunggu lama lagi. Doktor boleh beritahu saya. Balik nanti saya cerita kat suami."

"Baiklah. Saya harap puan kuat. Puan, sebenarnya anak puan bakal dilahirkan dengan sindrom Apert. Sindrom Apert ni penyakit yang jarang-jarang berlaku. Puan ok? Nak saya teruskan lagi?"

"😢 Teruskan......."

....................................................

Sambil pegang tangan ibu, doktor pun ceritakan tentang Apert. Apert Syndrome ialah kelainan genetik yang menyebabkan perkembangan tidak normal dari tengkorak. Bayi sindrom Apert ini dilahirkan dengan wajah yang sedikit berbeza dari normal. Selain itu, kelainan fizikal juga dapat dilihat melalui jari tangan dan juga jari kaki.

Sindrom Apert ini tidak dapat disembuhkan tetapi dengan melalui beberapa siri pembedahan, dapat membantu memperbaiki beberapa masalah yang dihadapi.

"Maksud doktor, anak saya perlu jalani pembedahan ke bila dia lahir nanti?"

"Yer puan. Tapi pembedahan apa yang dia perlu lalui, kita takkan tahu lagi sehinggalah dia dilahirkan nanti. Jadi puan tak perlu risau yer. In Shaa Allah. Semuanya baik-baik sahaja. Puan banyakkan solat, zikir, banyakkan berdoa moga segalanya dipermudahkan. Jika ada apa-apa masalah, puan boleh contact terus pembantu saya. Ni no telifon dia. Nanti dia akan terus sambungkan terus panggilan kepada saya."

Ibu terkedu. Mencari kekuatan. Cuba menafikan apa yang telah doktor terangkan. Mustahil ibu menjadi hambaNya yang terpilih untuk menhadapi semua ini. Mampukah ibu melayani, menyantui anak ini sebaiknya. Allahu. Dugaan apakah ini.....

Bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan