Halaman

Jumaat, 14 Disember 2018

IMBAS KEMBALI BAHAGIAN 2



Imbas kembali.
Bahagian 2

25minggu usia awak sewaktu dalam kandungan ibu, ibu menerima perkhabaran yang ibu bakal melahirkan anak istimewa.

Apert Sindrom.

Seumur hidup, itulah saat pertama ibu mendengarnya. Ibu bingung. Harus bagaimana ibu melayani kamu nanti sayang. Bagaimana penerimaan orang sekeliling. Ibu berusaha sehabis mungkin menyingkirkan perasaan negatif.

Yer! Ibu pasti anak ibu bakal mendapat layanan istimewa. Ibu pasti semua orang akan sayangkan anak ibu.

Bila ayah sampai hospital untuk ambil ibu masa tu, ibu diam. Ibu tahu ayah letih. Jadi ibu pendam sendiri. Air mata mengalir, ibu cuba lap tanpa ayah sedari.

Orang pertama yang ibu khabarkan berita ni, pada mak long awak. Ibu tanya dia apa yang perlu ibu lakukan. Dia cuma cakap, bersyukurlah syh. Ada hikmah disebalik semua ini. Takde apa yang boleh dilakukan jika ini memang ditakdirkan buatmu. Berdoalah. Moga segalanya dipermudahkan.

Lepas tu, ibu cuba cakap dengan ayah awak. Masa tu dia baru jer nak tidur.

"Awak...... kita bakal lahirkan anak istimewa....."

Seminggu ibu dan ayah tak bertegur sapa. 😂 Mungkin ayah pun terkejut dengar perkhabaran tu. Ibu biarkan ayah dengan dunia dia. Sebab ibu geram. Dia sepatutnya menenangkan ibu. Bukan biarkan ibu sendiri.

Seminggu selepas tu, ibu dengar ayah call mak tok. Dia khabarkan berita ni. Macam-macam persoalan yang mak tok tanya. Serius. Ibu stress. Ibu sedih. Sepatutnya mereka patut menjaga perasaan ibu. Bukan tanya yang bukan-bukan. 😭

Bila call nenek awak dikampung, nenek cakap kalau ibu tak nak jaga awak, berikan awak pada mak ngah. 😭 Sampai hati nenek cakap macam tu. Mestilah ibu nak jaga awak. Awak segala-galanya bagi ibu. Biar macam mana pun keadaan awak nanti, ibu akan jaga sehabis baik hingga ke hujung nyawa ibu.

Ibu tahu, mak tok dan nenek tak bermaksud pun macam tu. Masing-masing terkejut dengan berita ni. Ibu cuba positif lagi. Ibu cuba memahami keadaan. Ibu cari kekuatan sendiri. Ibu asingkan diri dari semua orang. Ibu benci ditanya kenapa bagaimana mengapa anak ibu bakal dilahirkan sebegini.

Sampai satu saat, ibu jadi tak suka nak balik kampung. Ibu jadi tak suka nak jumpa keluarga sebelah ayah. Fikiran bercelaru. Ibu rindukan nenek awak. Ibu rindukan mak tok awak. Tapi kat fikiran ni terngiyang-ngiyang apa yang mereka katakan sebelum ni. 😭

Perasaan ibu mengandung memang pelik sayang. Sedangkan mereka cuma memberi pendapat, bertanya sebab mereka tak tahu. Ibu jer yang berlebih-lebih memikirkannya. Terlalu sensitif. Yang pasti saat itu ibu kecewa.

Bersambung......



Khamis, 13 Disember 2018

IMBAS KEMBALI BAHAGIAN 1




Imbas kembali....

"Puan, suami puan mana? Minta dia masuk jumpa saya boleh?'

"Suami saya pulang sebentar doktor. Ambil anak balik sekolah."

"Ermm.. kalau macam tu, kita tunggu suami puan sampai baru saya terangkan yer."

"Kenapa dengan anak saya?"

"Kita tunggu suami puan sampai dulu."

"Tak. Saya nak tahu kenapa dengan anak saya. Nak tunggu suami saya sampai lambat lagi ni. Perjalanan memakan masa satu jam setengah. Saya tak sanggup nak tunggu lama lagi. Doktor boleh beritahu saya. Balik nanti saya cerita kat suami."

"Baiklah. Saya harap puan kuat. Puan, sebenarnya anak puan bakal dilahirkan dengan sindrom Apert. Sindrom Apert ni penyakit yang jarang-jarang berlaku. Puan ok? Nak saya teruskan lagi?"

"😢 Teruskan......."

....................................................

Sambil pegang tangan ibu, doktor pun ceritakan tentang Apert. Apert Syndrome ialah kelainan genetik yang menyebabkan perkembangan tidak normal dari tengkorak. Bayi sindrom Apert ini dilahirkan dengan wajah yang sedikit berbeza dari normal. Selain itu, kelainan fizikal juga dapat dilihat melalui jari tangan dan juga jari kaki.

Sindrom Apert ini tidak dapat disembuhkan tetapi dengan melalui beberapa siri pembedahan, dapat membantu memperbaiki beberapa masalah yang dihadapi.

"Maksud doktor, anak saya perlu jalani pembedahan ke bila dia lahir nanti?"

"Yer puan. Tapi pembedahan apa yang dia perlu lalui, kita takkan tahu lagi sehinggalah dia dilahirkan nanti. Jadi puan tak perlu risau yer. In Shaa Allah. Semuanya baik-baik sahaja. Puan banyakkan solat, zikir, banyakkan berdoa moga segalanya dipermudahkan. Jika ada apa-apa masalah, puan boleh contact terus pembantu saya. Ni no telifon dia. Nanti dia akan terus sambungkan terus panggilan kepada saya."

Ibu terkedu. Mencari kekuatan. Cuba menafikan apa yang telah doktor terangkan. Mustahil ibu menjadi hambaNya yang terpilih untuk menhadapi semua ini. Mampukah ibu melayani, menyantui anak ini sebaiknya. Allahu. Dugaan apakah ini.....

Bersambung..

Rabu, 12 Disember 2018

6F LOVE A

Assalamu'alaikum! 

WHY 6F LOVE A?

Hai semua! Terima kasih sudi singgah kat blog ibu ni. For the 1st time in my life, ibu wujudkan blog ni sebagai diari kehidupan.


Meh ibu nak perkenalkan diri.

Ibu, ibu kepada 5 orang cahaya mata. Firas, Fahim, Firzanah, Firhana dan Firha. Takkan ada F lagi selepas ni. Sebab..... Ibu dah ikat peranakkan. Eh.. betul ke ayat ni. Hahahahha.

Kata 6F ni baru 5F!

Semestinya F lagi satu is My Beloved Husband. Fiqri.

Kan dalam blog ni, ibu akan share segalanya yang berlaku dalam hidup ibu. Terutamanya tentang anak bongsu ibu, yang disahkan menghadapi sindrom Apert sejak dalam kandungan lagi.

Sindrom Apert.

Korang pernah dengar tak tentang sindrom ni? Sejujurnya, ibu tak pernah dengar langsung tentang sindrom ni sehinggalah kandungan ibu berusia 25minggu pada tahun 2017.

Next entry, ibu akan ceritakan lebih lanjut tentang sindrom Apert ni yer. Tunggu tau. 😉